Peminat motosikal Kawasaki di Utara Semenanjung tidak perlu khuatir untuk melihat secara dekat atau membeli model-model Kawasaki kerana Guan How Superbike telah dilantik sebagai hub Kawasaki bagi kawasan terbabit. Terletak di Juru Autocity, Pulau Pinang, bilik pameran Kawasaki yang kini dikenali sebagai Kawasaki All-Star – Guan How Superbike, menempatkan pelbagai model Kawasaki terbaharu bermula dari kuasa 250cc dan ke atas.
Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas bersama Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Modenas, Yusaku ‘George’ Kashigawi dan pemilik Guan How Superbike Centre, Tan Seng Hau. Pada pelancaran dan perasmian Kawasaki 4S – Guan How Superbike itu juga, seramai 15 pembeli motosikal Kawasaki diraikan dengan gimik pemberian kunci motosikal dan sijil perghargaan kepada setiap pemilik baharu.
All Star Kawasaki merupakan bilik pameran ke-5 Kawasaki selepas Johor dan majlis penuh gemilang turut dihadiri bikers Kawasaki dan berjaya seramai lebih 500 pengunjung yang turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperi cabutan bertuah, persembahan nyanyian dan tunggang uji beberapa model Kawasaki.
Selain majlis perasmian bilik pameran yang menempatkan pelbagai model Kawasaki, Kawasaki All-Star-Guan How Superbike juga turut menempatkan ruangan pelbagai topi keledar pelbagai jenama dengan harga yang cukup berpatutan.
Di majlis itu juga, seramai 11 pembeli awal replika helmet Shoei X-Fifteen Marquez Thai GP diraikan. Untuk info, model helmet terbaharu dari Shoei bernilai mencecah 3k seunit antara replika yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia Marc Marquez.
Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan mahukan informasi terkini, anda boleh berkunjung ke bilik pameran Kawasaki All Star-Guan How Superbike di Juru Autocity. Anda juga bolehlah melayari laman sesawang rasmi Kawasaki di www.kawasaki.com.my/kawasaki/shop atau hubungi talian bebas tol 1-800-880-008 atau aplikasi WhatsApp Careline di 019-570 8135.