Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Gaya Baharu Honda Wave Alpha

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-12-09
in BULETIN, UTAMA
0


Boon Siew Honda (BSH) secara rasminya mengumumkan gaya baharu model Honda Wave Alpha terkini mereka. Wave Alpha terbaharu mempunyai citarasa lebih moden dengan penampilan reka bentuk jalur grafik yang lebih segar.

Model Honda Wave Alpha terkini mempunyai reka bentuk penutup depan baru yang kini menggabungkan perumahan isyarat depan bersama-sama dengan perlindungan badan menjadikan ianya lebih aerodinamik dan penggayaan yang lebih baik.

Kali terakhir BSH mengemaskini Wave Alpha adalah pada Januari lepas. Terkini Wave Alpha mengukuhkan grafik pada reka bentuk tajam dan sporty, calitan pada badan hadir dengan jalur baharu sekali gus menyerlahkan inspirasi dalam reka bentuk visualnya.

Turut dipertingkatkan ialah pemegang bar pada pembonceng di belakang. Jurutera Honda menitikberatkan faktor keselesaan penumpang belakang dengan peningkatan terhadap cengkaman pemegang belakang dengan salutan getah yang lebih kukuh (tersedia hanya untuk varian sports rim).

Kemunculan Honda Wave Alpha sebelum ini jelas mendapat sambutan yang hangat kerana peneraju segmen kapcai enjin kecil cukup sinonim dengan kehendak masayarakat semasa apatah lagi ianya sebuah jentera pelbagai guna yang cukup ekonomik bagi sebuah segmen enjin berkapasiti 110 cc.

Ia dilengkapi dengan ciri-ciri praktikal seperti ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas, tangki bahan api dengan isipadu 3.7 liter dan permulaan yang mudah bagi kedua-dua model samada penghidup elektrik atau penghidup tendang.

Gaya dan peningkatan serta kemasan terkini menjadikan model ini sesuatu yang cukup istimewa dan paling penting ianya dipercayai untuk semua peringkat pengguna.

Bakal Pemilik Honda Wave Alpha mendapat manfaat daripada enjin dengan cekap bahan api SOHC, penyejukan udara, enjin satu lejang berkuasa 110cc dan jentera ini juga menghasilkan 6.14kW @ 7,500 rpm dan tork 8.42 Nm @ 5,500 rpm.

Honda Wave Alpha terkini tersedia dalam tiga pilihan warna terkini iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow. Model ini masih menawarkan dua variasi pilihan iaitu sports rim (RM4,589) dan rim jejari (RM4,339).

Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Boon Siew Honda Sdn. Bhd (676896-A)
721, Persiaran Cassia Selatan 1,
Kawasan Perindustrian Batu Kawan,
14100 Simpang Ampat.
Pulau Pinang.
Tel: 04 – 506 3333, 1800-88-3993, 012 – 499 3991
Emel : enquiry@bswhonda.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/boonsiewhonda.my/
Instagram : hondamotorcycle.my
Web : https://www.boonsiewhonda.com.my

Previous Post

Throwback : Kembara Ihsan Samui II 2019

Next Post

Edisi Terhad Hong Leong Yamaha Lagenda GP

Next Post

Edisi Terhad Hong Leong Yamaha Lagenda GP

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved