Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Suzuki Sedia Keluarkan Motosikal Elektrik Bila Pembeli Benar-Benar Bersedia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-06-30
in BULETIN
0

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pengeluar motosikal elektrik agresif dalam memperkenalkan produk masing-masing. Malah, ada yang beranggapan bahawa revolusi kenderaan elektrik akan tiba tidak lama lagi. Namun pengeluar motosikal dari Jepun, Suzuki berpendapat jentera elektrik itu masih memerlukan masa untuk dipasarkan secara meluas. Sedia maklum bahawa motosikal elektrik menawarkan kuasa, sifar emisi dan pelbagai teknologi canggih.

Di pasaran sekarang, memang ada model yang harganya tidak jauh beza dengan motosikal konvensional. Tetapi prestasinya kurang memberangsangkan. Kalau hendak beli yang berprestasi tinggi pula, harganya tidak mampu milik oleh kebanyakan pengguna.

Disebabkan itu, Suzuki beranggapan pasaran masih belum bersedia untuk motosikal elektrik. Perkara itu dinyatakan oleh Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Suzuki India, Devashish Handa. Menurut beliau, fokus Suzuki sekarang bukan ke atas motosikal elektrik atau model baharu. Apatah lagi penularan wabak COVID-19 memaksa pengeluar kenderaan untuk mengadaptasi corak jualan yang baru.

Namun begitu, ia tidak bermakna Suzuki langsung tidak bersedia untuk menghasilkan motosikal elektrik. Cuma ia belum mahu mendedahkan apa yang sedang dibangunkan sekarang.

“Kami memantau perkembangan ini dengan rapi tetapi perjalanan motosikal elektrik tidak konsisten. Kos membelinya sentiasa menjadi kebimbangan. Jika pembeli bersedia, Suzuki akan menawarkan motosikal elektrik kerana kami sudah ada teknologinya,” kata Handa.

Dalam erti kata lain, motosikal elektrik sekarang terlalu mahal dan tidak ramai yang mampu membelinya. Suzuki tak mahu mengambil risiko dengan membuat dan mengeluarkannya ketika ini. Contoh terdekat ialah Harley-Davidson yang hadir dengan model LiveWire. Ditawarkan pada harga hampir RM130,000 ia jelas tidak mendapat sambutan, walaupun daripada peminat tegarnya.

Gambar kredit : Auto Evolution
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Jatuh Lumba Motocross, Andrea Dovizioso Cedera Dan Selamat Jalani Pembedahan

Next Post

Kembara Norge ; Enjin Lancar Dan Kedudukan Yang Ergonomik Jadikan Tunggangan Tidak Terasa

Next Post

Kembara Norge ; Enjin Lancar Dan Kedudukan Yang Ergonomik Jadikan Tunggangan Tidak Terasa

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved