Musim Hari Raya Aidilfitri sememangnya menjadi detik paling dinanti-nantikan oleh para perantau untuk pulang ke kampung halaman. Dalam keseronokan membuat persiapan, aspek keselamatan di jalan raya seringkali terabai. Menyedari hakikat ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYMA) dengan kerjasama PETRONAS tampil meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial mereka melalui program On Ground Activation (OGA) di stesen-stesen PETRONAS terpilih.
Program istimewa ini berlangsung pada 28 Mac 2025 di PETRONAS NKVE, dan diteruskan pada 29 Mac 2025 di PETRONAS Lingkaran Karak serta PETRONAS Solaris, bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung, antaranya servis pemeriksaan motosikal 8 poin secara percuma oleh wakil HLYMA dan Yamaha, selain peluang menyertai booth kesedaran keselamatan yang mendapat sokongan daripada Medi Team, Allianz dan Foxdry.
Lebih menarik, penunggang yang hadir juga berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah eksklusif seperti goodies bag dari Allianz, baju hujan Foxdry, baucar HLYMA serta petrol percuma untuk 300 penunggang bertuah! Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi keselamatan dan penyelenggaraan motosikal, tetapi juga membina kesedaran pentingnya pemanduan berhemah terutama ketika musim perayaan.
HLYMA mengajak semua penunggang untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini. Singgah di lokasi yang dinyatakan, periksa motosikal anda, dan jadikan perjalanan balik kampung anda bukan sahaja selamat tetapi juga penuh makna.