Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

ZXMOTO Lancar 3 Model 500F, 500RR Dan 820RR Di Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-09-22
in BULETIN, UTAMA
0

Bermula di atas litar tarmac, ZXMOTO mencipta sejarah besar apabila menjadi jenama China pertama yang memenangi perlumbaan di kejuaraan dunia World Supersport (WorldSSP).

Selepas episod cemerlang itu, ZXMOTO bukan sahaja bakal bersaing dengan jenama lain di trek bertaraf dunia, malah kini sudah menjalar di atas jalan raya. Agak menarik kerana dalam dunia motosikal berprestasi tinggi, kembara ZXMOTO dianggap sesuatu yang unik dan luar biasa.

ZXMOTO atau singkatan kepada Zhang Xue Motor merupakan sebuah jenama motosikal prestasi tinggi baharu dari China yang ditubuhkan pada tahun 2024 oleh Zhang Xue, iaitu bekas pengasas dan figura utama di sebalik jenama Kove Moto.

Di sebalik pencapaian yang mengagumkan di pentas dunia sekali pun hanya berusia setahun jagung, ZXMOTO memiliki sejarah hebat yang tersendiri. Zhang Xue hanya bermula sebagai mekanik kampung sebelum berjaya membina jenama motosikal sendiri.

Berbekalkan pengalaman dan meninggalkan jenama Kove Moto, Zhang Xue akhirnya menubuhkan syarikat pembuatan motosikal Zhang Xue Motor Technology Co., Ltd. pada tanggal April 2024 di Chongqing, China.

Pencapaian pelumba Valentin Debise memenangi perlumbaan dwi-kemenangan (Double Victory) di litar Portimão, Portugal menggunakan jentera lumbanya, sekali gus melonjakkan nama ZXMOTO di persada antarabangsa dengan pantas.

Kini, ZXMOTO tampil memperkenalkan tiga model sekali gus – 500F, ZXMOTO 500RR dan ZXMOTO 820RR menapak di Malaysia sekali gus memberi pilihan kepada peminat tempatan.

Diluncurkan di Malaysia menerusi acara “Rise of the Champions, ZXMOTO Official Launch” MForce Mid-Autumn Gala Dinner 2026 ketiga-tiga model terbabit tampil dengan karakter tersendiri.

ZXMOTO 500F mengagahi segmen naked sporty, ZXMOTO 500RR memperkasa kategori supersport berprestasi tinggi, manakala ZXMOTO 820RR dibekalkan enjin tiga silinder berkapasiti lebih besar bersama teknologi moden.

Menarik mengenali jenama ZXMOTO berbanding model lain, terdapat beberapa kelebihan utama jenama ZXMOTO jika perbandingan antara jenama dari Eropah dan Jepun menjadi kayu pengukur bagi peminat di sini.

Antara yang paling menonjol tawaran harga tidak munasabah. Dengan penawaran enjin 4-silinder sebaris pada harga di bawah RM30,000, ia sesuatu yang sukar ditandingi oleh mana-mana pesaing lain dalam segmen pasaran kelas pertengahan.

Selain itu, ZXMOTO juga turut membekalkan teknologi komponen termaju pada setia model yang ditawarkan. Tiga model yang secara rasmi dilancarkan di Malaysia, dilengkapi dengan ciri standard premium seperti 6-Axis IMU, Cornering ABS, kawalan cengkaman (TCS), paparan skrin TFT serta sistem suspensi boleh laras.

Bagi menepis persepsi bahawa jenama China menawarkan harga murah dengan kualiti biasa-biasa sahaja, harus diingat bahawa ZXMOTO telah berkerjasama dengan syarikat-syarikat gergasi dari seluruh dunia bagi menjamin kualiti pada setiap modelnya.

Kerjasama secara global dengan beberapa syarikat besar seperti penggunaan komponen berkualiti daripada pakar automotif Eropah membuktikan betapa seriusnya ZXMOTO untuk memikat peminat dua roda dari seluruh dunia.

Antara contoh terbaik ialah ZXMOTO telah berkerjasama menghasilkan sistem brek daripada Galfer (Sepanyol) dan teknologi salutan enjin daripada HF Group (Perancis) bagi memastikan ketahanan jentera.

ZXMOTO 500F
Ditawarkan pada harga RM28,888.00, ZXMOTO 500F hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Crimson Red dan Arctic White, mengetengahkan reka bentuk naked yang sporty serta kemasan moden untuk penunggang yang mengutamakan prestasi dan gaya.

ZXMOTO 500F dikuasakan oleh enjin 470 cc empat silinder, 16 injap, DOHC, yang menghasilkan kuasa maksimum 54 kW pada 11,000 rpm dan tork maksimum 48 Nm pada 9,500 rpm. Enjin ini mempunyai ukuran piston dan lejang 59 × 43 mm serta nisbah mampatan 12:1, dipadankan dengan klac basah berbilang plat jenis klac jenis slipper bagi memberikan penghantaran kuasa yang lebih lancar ketika pertukaran gear.

Bagi sistem suspensi, ZXMOTO 500F dilengkapi dengan suspensi hadapan jenis terbalik dengan pelarasan redaman, manakala bahagian belakang menggunakan penyerap hentak tengah dengan pelarasan prabeban. Gabungan ini memberikan fleksibiliti kepada penunggang untuk mendapatkan tetapan tunggangan yang bersesuaian.

Sistem membrek menggunakan dua cakera jenis apungan 300 mm di hadapan serta cakera tunggal 220 mm di belakang, dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwi saluran bagi meningkatkan kawalan dan keyakinan ketika membrek. Terdapat tiga pilihan warna yang memikat iaitu Phantom Black, Crimson Red dan Arctic White.

Motosikal ini menggunakan tayar bersaiz 120/70 ZR17 di hadapan dan 180/55 ZR17 di belakang, manakala struktur casis menggunakan rangka buaian kembar dengan struktur trellis keluli.

ZXMOTO 500F mempunyai dimensi keseluruhan 2,015 mm panjang, 800 mm lebar dan 1,060 mm tinggi, dengan jarak roda 1,395 mm, ketinggian tempat duduk 795 mm serta berat siap diisi 175 kg. Tangki bahan api pula berkapasiti 15 liter.

Dari segi kelengkapan, ZXMOTO 500F dilengkapi meter jenis jarum analog dengan paparan LCD di bahagian tengah, port pengecas USB, suis keselamatan tongkat sisi serta sistem pencahayaan LED.

Model ini turut mempunyai Daytime Running Light (DRL), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TPMS) serta dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport.

ZXMOTO 500RR
Model dalam segmen sportbike, ditawarkan pada harga RM29,988.00, ZXMOTO 500RR hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Nitro Red, Onyx Black dan Frost White, dengan reka bentuk berinspirasikan motosikal supersport yang menampilkan fokus terhadap prestasi dan kawalan.

ZXMOTO 500RR dikuasakan oleh enjin 470.2 cc empat silinder (16 injap) dengan sistem penyejukan cecair, yang menghasilkan kuasa maksimum 62 kW pada 13,500 rpm dan tork maksimum 46 N.m pada 11,500 rpm. Enjin ini mempunyai ukuran piston dan lejang 59 × 43 mm, nisbah mampatan 12.9:1 serta dipadankan dengan sistem pacuan rantai dan klac basah berbilang plat jenis slipper.

Sistem suspensi hadapan menggunakan suspensi depan terbalik berdiameter 41 mm yang boleh dilaraskan sepenuhnya dari segi prabeban dan redaman, manakala bahagian belakang menggunakan penyerap hentak tengah yang turut boleh dilaraskan sepenuhnya.

Bagi sistem pemberhentian, ZXMOTO 500RR dilengkapi cakera terapung berkembar di hadapan dengan diameter 320 mm serta cakera tunggal 240 mm di belakang, bersama ABS dwi saluran bagi meningkatkan tahap keselamatan ketika membrek.

Model ini menggunakan tayar bersaiz 120/70 ZR17 di hadapan dan 180/55 ZR17 di belakang, dipadankan dengan roda tuangan aloi aluminium. Rim hadapan berukuran MT3.5 × 17, manakala rim belakang berukuran MT5.5 × 17. ZXMOTO 500RR mempunyai rangka jenis rangka trellis keluli tunggal, panjang keseluruhan 2,005 mm, lebar 705 mm dan tinggi 1,125 mm, dengan jarak roda 1,395 mm, ketinggian tempat duduk 795 mm serta berat siap diisi 170 kg.

Dari aspek teknologi, ZXMOTO 500RR dilengkapi paparan meter TFT, port pengecas USB, sistem pencahayaan LED serta lima mod tunggangan yang terdiri daripada Sport, Street, Rain dan dua mod boleh disesuaikan. Model ini turut dilengkapi Quickshifter dua arah, sambungan Bluetooth dan Sistem Kawalan Pelayaran (CCS).

ZXMOTO 820RR
Sebagai model berkapasiti terbesar dalam barisan ini, ZXMOTO 820RR ditawarkan pada harga RM39,888.00 dengan tiga pilihan warna iaitu Eclipse Black, Rebel Red dan Ghost White.

ZXMOTO 820RR dikuasakan oleh enjin 818.8 cc tiga silinder, 12 injap, DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan minyak. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 99 kW pada 12,000 rpm serta tork maksimum 80 N.m pada 9,500 rpm, dengan ukuran piston dan lejang 80 × 54.3 mm serta nisbah mampatan 13:1.

Kuasa enjin disalurkan menerusi klac basah berbilang plat jenis slipper. Tangki bahan api berkapasiti 18liter pula menyokong kepraktisan untuk perjalanan yang lebih jauh.

Bagi sistem suspensi, ZXMOTO 820RR menggunakan suspensi hadapan yang boleh dilaraskan sepenuhnya dari segi prabeban dan redaman, manakala penyerap hentak tengah di bahagian belakang turut menawarkan pelarasan penuh prabeban dan redaman.

Sistem membrek menggunakan cakera terapung berkembar 320 mm di hadapan dan cakera tunggal 220 mm di belakang, bersama ABS dwi saluran yang boleh dinyahaktifkan. Model ini menggunakan tayar 120/70 ZR17 di hadapan dan 190/55 ZR17 di belakang, dipadankan dengan rangka rangka tuangan aloi.

Dengan panjang keseluruhan 2,050 mm, lebar 745 mm dan tinggi 1,160 mm, ZXMOTO 820RR mempunyai jarak roda 1,419.5 hingga 1,423 mm, ketinggian tempat duduk 825 mm serta berat siap diisi 193 kg.

Dari segi teknologi, ZXMOTO 820RR dilengkapi paparan meter TFT, sistem kunci pintar (keyless), port pengecas USB serta pencahayaan LED.

Model ini turut menawarkan lima mod tunggangan iaitu Rain, Road, Sport dan dua mod boleh disesuaikan, selain Quickshifter dua arah, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), TPMS, sambungan Bluetooth dan Sistem Kawalan Pelayaran (CCS).

Dengan gabungan enjin berprestasi tinggi, sistem suspensi boleh laras, teknologi elektronik moden serta ciri keselamatan yang menyeluruh, ZXMOTO 820RR menawarkan pakej prestasi yang lebih tinggi kepada penunggang yang mencari pengalaman tunggangan berkuasa.

Previous Post

Pocket Bike Challenge Menghangatkan Legacy04 Melaka Attack 2026

CAPAIAN

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved