Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Zakie V-Rider MC

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-15
in SHOW OFF, UTAMA
0

Untuk pemilik motosikal berkuasa tinggi di Malaysia, rasanya ramai yang akan mengenali personaliti ini. Nama di dalam kad pengenalannya ialah Abu Zaki bin Abu Bakar, tapi ramai bikers mengenali dia dengan nama Zakie V-Rider MC atau Zakie. Telah mendirikan rumah tangga dengan 4 orang cahaya mata, beliau adalah pemilik bengkel Anjung Bikerz Garage yang terletak di Jalan Sentul, di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan Darul Naim, beliau mula berjinak-jinak dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak tahun 1992 apabila beliau membeli sebuah motosikal Kawasaki ZZR 250. Dari situ, minat beliau terus berkembang dan mula berjinak dengan motosikal dengan cc yang lebih besar seperti Naza Blade 650, seterusnya Kawasaki Vulcan 500 dan terkini, Kawasaki Vulcan 900 Classic. Tidak semua motosikal yang pernah dimilikinya berkapasiti besar. Zakie pernah memiliki sebuah Modenas Jaguh tetapi telah dilakukan kerja-kerja custom yang ekstensif.

Sebagai peminat motosikal ‘easy rider’, tak hairanlah Zakie juga terkenal dengan kisah pengembaraan bermotosikalnya yang telah membawa dirinya di seluruh pelusuk tanah air dan juga di luar perbatasan negara. Antara pengembaraan epik Zakie ialah pada tahun 2000 di mana beliau telah mengikuti pengembaraan bermotosikal mengelilingi Afrika Timur yang membawanya ke negara Habsyah, Eritrea, Djibouti dan Sudan.

Pada tahun 2010, beliau telah mengikuti kembara ‘Ride Pusing 1 Malaysia’ di mana kumpulan motosikalnya, V-Rider telah mengikuti setiap Bike Week yang dianjurkan di hampir setiap negeri di Malaysia. Tidak lengkap pengembaraan seorang bikers sejati jika tidak menjelajah negara Thailand – sebuah negara yang menyediakan pengalaman yang cukup menyeronokkan pada mana-mana bikers.

Pada tahun 2011, Zakie telah menyertai beberapa acara Bike Week di Thailand seperti Ride to Phuket Bike Week, Sadao Bike Week, Phatalung Bike Week, Hatyai Bike Week dan Narathiwat Bike Week. Setelah berehat setahun, pada tahun 2013, sekali lagi Zakie menjelajah ke Thailand dengan menunggang dari Kuala Lumpur ke Pattaya bagi menyertai Burapa Bike Week.

Selain daripada menyertai konvoi, sebagai seorang peniaga, acara-acara seperti ini ialah peluang bagi Zakie mencari rezeki yang lebih disamping mempromosi produk-produk aksesori motosikal dari serata pelusuk negara Malaysia. Zakie setakat ini telah membuka gerai jualan dan promosi di seluruh Bike Week atau Festival Motosikal di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Negara Thailand yang sering dikunjungi itu pun tak terlepas daripada perhatian Zakie di mana beliau telah membuka gerai semasa Burapa Bike Week, Hatyai Bike Week dan Sadao Bike Week. Walaupun motosikalnya belum lagi berpeluang menjejakkan tayarnya di negara Indonesia, ini tak menghalang Zakie daripada membuka gerai semasa acara Kustomfest Indonesia yang dianjurkan di Jogjakarta.

 

Zakie bukan sahaja sangat aktif menyertai aktiviti bermotosikal, tetapi beliau juga amat aktif memegang jawatan di dalam persatuan bermotosikal di Malaysia. Buat masa ini, beliau ialah Setiausaha Agong Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi V-Rider MC Malaysia selain daripada Penasihat Kelantan Bikers Kelab Kuala Lumpur dan Ahli Komuniti All Bikers All Rider (ABAR).

Beliau juga pernah terlibat secara langsung dengan penganjuran Gold Coast Big Bike Gathering di Sepang pada tahun 2014 dan menjadi Sekretariat untuk Grand Auto Festival Putrajaya pada tahun yang sama.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun di dalam bidang ini, Zakie banyak dilantik sebagai penasihat acara-acara bermotosikal seperti Sungai Buloh Bike Festival 2014 dan Bingit International Festival 2013 dan 2014.

Sebagai seorang ‘otai’ yang mempunyai perniagaan motosikal berkuasa tingginya sendiri, tak hairanlah juga Zakie dilantik sebagai Ketua Vendor Saudagar Bikers Malaysia yang menyelia penjualan aksesori motosikal berkuasa tinggi di acara-acara bike week di seluruh Malaysia dan negara-negara ASEAN. Setakat ini, gabungan ini disertai oleh 30 peniaga aksesori motosikal berkuasa tinggi dari serata tanah air. Dengan jawatan ini juga, dia pernah dilantik menjadi Ketua Merchandise bagi acara Port Dickson International Bike Fest 2014 dan Ketua Merchandise bagi Motack 2014 di Kuala Terengganu.

Tabik untuk Zakie! Diharap agar minat terhadap hobi ini tak akan pudar selama-lamanya!

Previous Post

Kembara Aripin, misi menakluk dunia!

Next Post

Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2019

Next Post

Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2019

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved