Yamaha bakal menghentikan pengeluaran motosikal moden-retro ikonik SR400 tidak lama lagi. Syarikat itu dikatakan mengucapkan selamat jalan dengan melancarkan Final Edition dan Final Edition Limited versi Jepun.
Bagi makluman, Yamaha SR400 telah mula dikeluarkan sejak 1978 dan menjadi sangat terkenal dan meraih populariti di Jepun serta pasaran di negara barat.
Motosikal ini dikuasakan enjin silinder tunggal, 399cc, SOHC, enjin penyejuk udara yang menghasilkan 23bhp pada 6,500rpm dan tork 28Nm pada 3,000rpm. Tugas transmisi pula diserahkan kepada gearbox 5-kelajuan dah tayar 18-inci yang digantungkan oleh fork teleskopik dan dwi penyerap hentak. Sistem brek pula menggunakan disk di bahagian hadapan dan drum di bahagian belakang.
Final Edition ini dikatakan berbeza secara estetik dari model standard dengan cat baharu dan beberapa elemen tambahan.
Sumber : BikeWale