Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

MIROS Cipta Alat Pengesan Amaran Perlanggaran Kurangkan Nahas Motosikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-02-03
in BULETIN, UTAMA
0

Penunggang motosikal di negara ini dijangka boleh mengurangkan risiko kemalangan melalui teknologi amaran perlanggaran yang dibangunkan Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

Ketua Pengarahnya, Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata teknologi Pengesanan dan Perluasan Cahaya (LIDAR) membolehkan penunggang menyedari kehadiran kenderaan di hadapan, sekali gus dapat mengelak perlanggaran secara selamat, termasuk pada kelajuan tinggi.

Katanya, LIDAR adalah komponen utama Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang digunakan secara meluas dalam reka bentuk kenderaan beroda empat.

“Motosikal adalah mod pengangkutan yang sangat berisiko, malah perlanggaran antara penunggang motosikal dan kenderaan lain di lorong kecemasan masih berada di tahap membimbangkan.

“Antara cara boleh digunakan untuk mengurangkan risiko perlanggaran ialah memastikan penunggang dapat mengesan kenderaan lain dalam masa mencukupi bagi mengelak daripada berlaku perlanggaran.

“Kemajuan penyelidikan MIROS dalam teknologi ADAS untuk penunggang motosikal adalah pencapaian memberangsangkan kerana pengaplikasian teknologi ini terhad dan tidak meluas digunakan dalam reka bentuk dan pembuatan motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

MIROS dalam kajiannya sebelum ini mendapati, kematian membabitkan pengguna motosikal di Malaysia adalah tiga kali lebih tinggi berbanding kematian daripada pengguna kereta, enam kali lebih tinggi daripada kematian pejalan kaki dan hampir 50 kali lebih tinggi daripada kematian penumpang bas.

Pada masa sama, Khairil Anwar berkata, teknologi amaran ini dibangunkan dengan mengambil kira faktor berlaku perlanggaran membabitkan motosikal di lorong kecemasan melalui dapatan analisis kes kemalangan terdahulu.

Selain itu, katanya, faktor kesesuaian reka bentuk motosikal dan tingkah laku penunggang di Malaysia turut diambil kira untuk meningkatkan fungsi sistem dan mengurangkan penolakan golongan sasar dalam menggunakan teknologi itu.

“Prinsip utama reka bentuk teknologi ini ialah berimpak tinggi, kos yang rendah, berasaskan pengguna dan mudah dipasang melalui reka bentuk naik taraf.

“Amaran perlanggaran diberi melalui tiga peringkat dan menekankan keupayaan untuk memastikan penunggang menyedari tepat pada masanya mengenai bahaya yang akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan reka bentuk yang digunakan diyakini dapat meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehsediaan teknologi itu untuk digunakan secara meluas dalam kalangan penunggang motosikal di negara ini.

Mengulas mengenai penurunan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya lalu, Khairil Anwar berkata, MIROS komited untuk mencadangkan intervensi kemalangan jalan raya berikutan berpendapat jumlah itu menurun susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan jalan raya menurun kepada 4,534 berbanding 6,167 pada 2019.

Sumber : Berita Harian

Previous Post

Misi Kemanusian Bantuan Banjir NVOG Bersama Gabungan NGO Utara

Next Post

Yamaha Lancarkan Model Penutup, Final Edition Dan Final Edition Limited Versi Jepun.

Next Post

Yamaha Lancarkan Model Penutup, Final Edition Dan Final Edition Limited Versi Jepun.

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved