Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Y15ZR Festival 2019

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-10-04
in BULETIN, UTAMA
0

Kejayaan penganjuran kali pertama yang mendapat sambutan menggalakkan pada tahun 2018, mendorong pihak penganjur FT Garage untuk kembali dengan penganjuran kali kedua pada tahun ini. Diadakan pada 7 September yang lalu di Mid Town Perdang, Kubang Menerong di Tasik Gelugor, pelbagai aktiviti telah disusun dan disediakan dari pagi hingga ke petang bagi menyemarakkan lagi penganjuran Y15ZR Festival 2019 ini.

Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, penganjuran kali kedua ini juga mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran lebih 10 ribu orang yang datang dari seluruh Malaysia dan membanjiri tapak festival. Ramai mengambil kesempatan ini menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan pihak penganjur termasuk segmen cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan, autoshow, sprint test oleh Drag Racing dan banyak lagi.

Kehangatan penganjuran festival yang berjaya menghimpunkan ramai pemilik Y15ZR ini diteruskan lagi dengan majlis pelancaran helmet KYT Limited edisi Zizan Razak dan KYT NFJ. Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan artis komedi paling popular di Malaysia hari ini. Selain itu, para pengunjung juga berkesempatan mengunjungi gerai-gerai jualan dan menikmati harga istimewa.

Tahniah diucapkan kepada para penganjur kerana sekali lagi berjaya menganjurkan acara yang mendapat sambutan cukup hebat serta berjalan lancar dengan kerjasama dari barisan penaja. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada barisan penaja yang sudi menaja seperti Tokak Racing, FT GARAGE, KYT, RK-M, Wahan Auto Part, Kenda Tires, MB Performance dan memastikan penganjuran kali kedua ini satu kejayaan dan menyemarakkan dunia permotoran tanah air.

Previous Post

Adventure Touring Malaysia Gathering 2019 di Kuala Selangor

Next Post

Distinguished Gentleman's Ride @ Alor Setar

Next Post

Distinguished Gentleman's Ride @ Alor Setar

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved