Diadakan buat kali ke-5, program Adventure Touring Malaysia Gathering 2019 ini dianjurkan untuk berkongsi pengalaman dan info menerusi sesi bual bicara berkaitan dokumen, kos, prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi sekiranya ingin memasuki sesebuah negara dengan pengangkutan darat, udara mahupun air. Seterusnya, berkongsi pengalaman rakan-rakan pengembara yang pernah mengembara ke merata pelosok negara menggunakan kenderaan sewa di negara yang dilawati, jadual dan kos perjalanan serta tempat-tempat menarik.
Penganjuran program ini juga adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung berkunjung ke Kuala Selangor dan secara tidak langsung menjadikan Selangor sebagai destinasi eko-pelancongan. Dalam masa yang sama, berkongsi ilmu serta pengalaman berharga dari para pengembara yang telah mencipta sejarah tersendiri mengembara di serata dunia.