Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Xavi Vierge Ingin Raih Jumlah Mata Lebih Baik Di Litar Brno

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-07
in BULETIN, UTAMA
0

Xavi Vierge Ingin Raih Jumlah Mata Lebih Baik Di Litar Brno

Pelumba Petronas Sprinta Racing Moto2 Xavi Vierge ingin bersaing untuk meneruskan prestasi mantap dalam Kejuaraan Moto Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brno hujung minggu ini. Pelumba berusia 23 tahun dari Sepanyol itu yang meraih tempat masing-masing ke-10 dan ke-8 pada GP Sepanyol dan GP Andalusia di Litar Jerez bulan lepas, berkata beliau berhasrat untuk mendapatkan jumlah mata yang lebih baik.

“Selepas berehat dan berlatih selama beberapa hari, saya bersedia untuk berlumba lagi,” katanya seperti dipetik dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukan itu.

“Pada hujung minggu ini, saya ingin mencari rentak kami, pastikan kami mempunyai persediaan yang baik untuk perlumbaan dan berhasrat untuk berada dalam kelompok lima terbaik, mungkin juga bersaing untuk menaiki podium!” kata Vierge yang kini berada di tempat ke-9 dengan 21 mata dalam Kejuaraan Dunia Moto2 selepas tiga perlumbaan.

Rakan sepasukan, Jake Dixon bagaimanapun, berharap untuk mengubah nasibnya pada perlumbaan hujung minggu ini setelah gagal menamatkan perlumbaan pada GP Andalusia baru-baru ini kerana masalah enjin.

“Saya rasa litar ini sesuai dengan gaya menunggang saya, jadi saya ingin berada di kedudukan teratas dan dapat berada dalam kelompok 10 terbaik,” kata pelumba dari Britain berusia 24 tahun itu yang hanya berjaya mendapat dua mata daripada tiga perlumbaan setakat ini.

GP Republik Czech bermula dengan sesi latihan bebas pada Jumaat, diikuti sesi kelayakan pada Sabtu dan perlumbaan sebenar pada Ahad. — BERNAMA

Previous Post

Seribu Selekoh Di Malaysia?

Next Post

Penuhi citarasa di jalan raya dan di litar!

Next Post

Penuhi citarasa di jalan raya dan di litar!

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved