Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Seribu Selekoh Di Malaysia?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-06
in BULETIN, UTAMA
0

Seribu Selekoh Di Malaysia?

Jangan terkeliru dengan Lingkaran Mae Hong Son dengan 1864 selekoh di Thailand, Jalan Seribu Selekoh di Malaysia ini (bukan nama rasmi) berada di Pahang menawarkan pengalaman yang unik dan pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan selain selekoh-selekoh yang bakal mengujakan para pelumba.

Sama seperti Mae Hong Son, jalan lingkaran ini juga mempunyai jarak sekitar 600 kilometer dan meliputi banjaran tanah-tanah tinggi di Pahang termasuklah Cameron Highlands, Bukit Fraser, Bukit Tinggi dan Genting Highlands.

Masa yang perlu diambil ialah sekitar 1 hari (sama seperti yang diambil oleh Chris) tapi itu cuma masa yang diambil untuk perjalanan dan tidak termasuk segala aktiviti dan sesi menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanan. Jadi kalau betul-betul ingin menikmatinya, adalah dicadangkan agar ia dilakukan dalam masa beberapa hari.

Disebabkan laluan ini berbentuk lingkaran, anda boleh memilih sama ada ingin mengikut putaran jam ataupun sebaliknya. Begitu juga dengan titik permulaan, pilihan lokasi permulaan yang bersesuaian dengan anda. Chris memilih untuk bermula dan mengakhiri laluan seribu selekoh ini di Kuala Lumpur.

Laluan utama mengikut arah putaran jam: Kuala Lumpur – Cameron Highlands (melalui Tapah/Simpang Pulai) – Bukit Fraser – Bukit Tinggi – Genting Highlands – Kuala Lumpur.

Laluan utama melawan arah putaran jam: Kuala Lumpur – Genting Highlands – Bukit Tinggi – Bukit Fraser – Cameron Highlands – (melalui Tapah/Simpang Pulai) – Kuala Lumpur.

Laluan alternatif: Kuala Lumpur – Bukit Tinggi – Genting Highlands – Bukit Fraser (melalui Kuala Kubu Baru) – Cameron Highlands – Kuala Lumpur. (Anda juga boleh memilih untuk melawan arah putaran jam)

Secara amnya keseluruhan jalan berada dalam keadaan baik kecuali laluan utama menghala ke Bukit Fraser dari Raub yang memang terkenal dengan beralun-alun dari dulu. Jadi jika anda inginkan perjalanan yang lebih lancar, anda boleh saja memilih laluan alternatif yang dicadangkan oleh Chris di atas.

Keselamatan memang sangat penting sewaktu menunggang jadi tungganglah dengan lebih berhati-hati khususnya jika ia dilakukan sewaktu musim hujan (September-Disember) di mana keadaan jalan adalah agak licin.

Chris Berjaya melengkapkan lingkaran ini dalam masa lebih kurang 12 jam tapi ia memang sangat memenatkan. Tapi pengalaman yang diperolehi memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Kesemua tempat yang dilawati sepanjang perjalanan adalah sangat menarik dan mempunyai suhu yang nyaman. Terdapat banyak hotel yang boleh ditempah terlebih dahulu menggunakan pelbagai laman web atas talian.

Adalah menjadi harapan Chris agar satu hari nanti pihak JKR akan membuat kiraan selekoh lingkaran ini secara rasmi dan mempromosikannya sebagai tarikan pelancongan. Kenapa tidak? Ia meliputi hampir kesemua kawasan pelancongan tanah tinggi di Semenanjung dan memang sangat sesuai untuk aktiviti pelancongan bermotor.

Kalau nak tahu lebih lanjut tulisan Rides Chris dan tempat-tempat menarik sepanjang Lingkaran 1000 Selekoh ini, boleh klik pautan di bawah.

https://riderchris.com/thousand-corner-malaysia/

Kredit : Rider Chris
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Treeletrik T-90, Kualiti dan Integriti

Next Post

Xavi Vierge Ingin Raih Jumlah Mata Lebih Baik Di Litar Brno

Next Post

Xavi Vierge Ingin Raih Jumlah Mata Lebih Baik Di Litar Brno

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved