N5vers adalah gelaran kepada para pemilik Naza N5 250 yang diilhamkan oleh golongan perintis yang memiliki motor ini seawal bulan Mei, 2014 iaitu sebaik sahaja model ini diperkenalkan secara rasmi di Malaysia. Antara pemilik awal motor ini yang mesra dikenali sebagai Sem cuba menjejaki semua pemilik awal N5 250. Sebanyak 60 pemilik berjaya dihimpunkan mengikut pengkalan data yang disimpan. Usaha ini sekaligus menarik perhatian pihak Naza Service Centre Shah Alam dan Petaling Jaya.
Menerusi perbincangan bersama Pengurus Jualan Naza, En Sani, beliau memberi sokongan penuh kepada N5vers sekiranya ada aktiviti menunggang seperti Bike Week Ride, Track Day, Annual Ride dan banyak lagi. Secara rasminya Naza bersetuju mewujudkan N5vers Racing Team untuk membuktikan kecemerlangannya di litar lumba. Berita baik buat semua pemilik N5 250, anda berpeluang menikmati diskaun sebanyak 20% untuk alat ganti tulen di Pusat Servis Naza Sec 15 Shah Alam. Sekiranya anda adalah N5vers.
* Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Kelab Naza N5 Malaysia atau Naza Nfivers di Facebook. Anda juga boleh hubungi N5vers menerusi SMS/Whatapp ke 012 – 396 5341 dan sertai Wassap Group ‘Naza N5 To The Max’.
* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 17