Mungkin ini boleh jadi idea yang bagus untuk pencinta motosikal dan kereta bagi menggabungkan kedua-duanya lantas menghasilkan, sejenis kenderaan yang unik. Mungkin tidak menepati citarasa tetapi ia masih layak dan berhak untuk menerima pujian dan sedikit penghargaan atas usaha dan kesungguhan menghasilkan sesuatu yang agak kreatif.
Apa yang menarik tentang motor ini, ia mendapat perhatian orang ramai khususnya di Gizmodo Australia. Kalau diperhatikan dengan teliti, telalu banyak bahagian berbeza yang terlibat dalam menghasilkan motor-kereta ini. Menurut perkongsian di RideApart, sebahagiannya dari Ford 302 V8, belakangnya pula Chevrolet Chevette dan beberapa lagi dari Harley Davidson, Kawasaki dan Chevy Vega. Oh ya, ada juga bahagian dari Yamaha.
Sekiranya motor-kereta ini dijual, berapa anda sanggup bayar?