Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Wak dan Streetcub

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-03-09
in SHOW OFF, UTAMA
0

Nama sebenar dia Eddy Sham, tapi sebahagian peminat Street Cub memanggilnya dengan panggilan Wak. Jadi saya pun panggil Wak lah lagi senang. Kalau anda biasa dengan scene Street Cub, beliau adalah nama penting dalam industri. Antara yang terawal mempopularkan motor Honda Cub dengan tayar saiz superbike.

Semenjak memulakan projek pertamanya, Wak telah menjalani kehidupan yang berbeza. Semuanya datang secara kebetulan. Wak sebenarnya pemilik bengkel kereta, mengubahsuai Perdana, BMW enjin Jepun, kereta drift, kereta olskool, basikal elektrik dan moto cubprix dan juga motocross. Tiba-tiba rasa banyak pula hobi.

Kemudian, hobi di rumah ialah mengubahsuai motosikal. Projek pertamanya sebuah Honda cub C70 GBO milik sendiri yang diubahsuai beberapa kali dengan bermacam cara dan gaya. Motor yang sama itulah dibawa ke seluruh Malaysia setiap kali ada acara motosikal yang berlangsung. Motor itu jugalah yang kini berwarna oren seperti yang terlihat dalam foto kali ini.

Apa yang menyebabkan beliau menjadi taksub pada jentera beroda ialah kerana minat. Apa juga cabaran akan cuba diselesaikannya sehinggalah seorang pelanggan datang dan bertanya sama ada beliau boleh mengubahsuai sebuah Suzuki GS550 kepada Cafe Racer.

Termenung sekejap, beliau melihat-lihat gambar dalam website dan terus bersetuju. Cabaran itu direalisasikan dalam masa beberapa bulan dan beliau yakin untuk menerima pengubahsuaian cafe racer pula. Di bengkel khas belakang rumahnya, beliau pernah mengubahsuai sebuah Virago 535 menjadi cafe racer serba krom!

Namun pengalaman yang paling berharga ialah ketika berkonvoi dari Melaka-Banting-Klang dan Teluk Batik. Bayangkan ride streetcub dengan tayar besar rumah berapa laju saja yang boleh pergi? Tapi resam seorang rider lah kan. Perjalanan yang memakan masa lebih 18 jam itu merupakan pengalaman yang membuatkannya kenal erti persahabatan.

Pemilik bengkel custom dari daerah Bukit Pelandok, Negeri Sembilan ini juga bergiat aktif dalam kelab naungannya sendiri, BJCC (Bocah Jowo Choner Club). Kalau datang ke bengkelnya, boleh jumpa geng motor-motor custom ini berkumpul, berbual dan lepak sampai tengah malam sampai subuh pun ada kata Wak.

Maklumlah, ahli kelab pun pelanggan, pelanggan pula kebanyakannya memang kawan-kawan yang dah lebih dari sekadar hubungan perniagaan. Sifat peramah juga yang menyebabkan beliau disenangi oleh orang sekelilingnya. Dah pau rokok Gudang Garam Surya 3 batang pun dia senyum macam itu saja. Wak dapat merasakan ia akan mewariskan hobinya kepada anak beliau. Dalam keadaan sekarang pun, anaknya dah pandai modified Yamaha SS Racing Spirit. Saya tengok pun dah macam rupa motor cubprix.

Previous Post

Penyerap Hentak KYB Pro-X

Next Post

Gabit, Stunt Hero KTM

Next Post

Gabit, Stunt Hero KTM

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved