Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Gabit, Stunt Hero KTM

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-03-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pernah dengar nama Muhammad Habibullah bin Mohd Saleh? Pernah lihat aksi stunt dari seorang anak muda kacak dalam sukan lasak motorcross?

Atau

Pernah dengar nama Gabit? Ya. Nama sebenar Gabit ialah Habibullah bin Mohd Saleh. Kalau anda kaki motocross, Gabit bukanlah asing lagi. Aksi lompat melompat dan stunt gila yang dia lakukan mungkin boleh buat jantung anda gugur.

Gabit bermula dengan motocross seawal umur 10 tahun pada sekitar awal tahun 2000. Anak muda berusia 26 tahun ini bermula sebagai pelumba bersama pasukan kecil RANI Motor yang merupakan sebuah bengkel motosikal.

Bakat beliau dikesan awal dan beliau dilamar oleh Kawasaki Malaysia sebagai pelumba rasmi mereka. Karier Gabit bersama Kawasaki bermula pada tahun 2005 dan berakhir pada 2008 dengan sukses.

Ternyata rezekinya tak berakhir di situ. Cuma arahnya kini berubah. Pada tahun 2009 hingga 2010, beliau ditawarkan menyertai pasukan Boon Siew Honda Malaysia. Pada usia sebegitu muda, Gabit melakar pelbagai kejayaan bersama setiap pasukan yang disertainya.

Bapa kepada dua orang anak ini mendapat inspirasi dari abangnya, Gaban. Gaban merupakan idola beliau sejak kecil lagi, malah sehingga hari ini Gaban merupakan pencabar terdekat Gabit dalam kancah perlumbaan motorcross baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Antara pencapaian yang boleh dibanggakan ialah juara keseluruhan pada acara Malaysia SIC AAM Motocross tahun 2005 bagi kategori 85cc, juara novice champion SIC AAM Malaysia Championship 2007 dan tempat ketiga bagi kategori expert pada 2008 di acara SIC AAM Malaysia Championship.

Pada 2009, beliau berjaya membaiki kedudukan di tempat kedua dalam acara yang sama – SIC AAM Malaysia Championship.

Kemuncak kejayaannya ialah pada tahun-tahun 2011 – 2012 dengan menjuarai tempat pertama acara Supermoto Malaysia. Kemudian pada tahun 2015 dalam acara FIM ASIA Supermoto, Gabit mendapat tempat ketiga dan terbaru pada tahun lepas, beliau menjuarai champion 2 category international dan champion ASIA.

Sejak 2011, Gabit menjadi pelumba bagi pasukan KTM Malaysia. Siapa sangka, anak kecil dari Sg Buaya, Rawang Selangor ini merupakan nama yang sentiasa bermain di bibir peminat sukan motorcross.

Dalam acara yang dianjurkan oleh KTM Malaysia, Gabit pasti hadir mempersembahkan bakatnya dan tidak dinafikan, dalam genre motosikal lasak, tidak ramai anak muda yang berbakat seperti beliau.

Kejayaan beliau hari ini tidak datang sekelip mata. Berkat usaha gigih dan latihan berterusan, Gabit yang tidak pernah kenal erti mengalah terus berusaha memperbaiki prestasi peribadinya. Namun ada satu impian yang masih tinggi dalam jiwanya. Beliau menyimpan hasrat untuk beraksi dalam kejohanan paling berprestij di dunia. Iaitu bermain di MXGP satu hari nanti. Kami di Roadstar doakan yang terbaik dan semoga impiannya tercapai.

Previous Post

Wak dan Streetcub

Next Post

ARRC - AZLAN CEMERLANG MUNCUL JUARA PERTAMA ASB1000

Next Post

ARRC - AZLAN CEMERLANG MUNCUL JUARA PERTAMA ASB1000

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved