Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Vulcan S Sesuai Untuk Otai Dan Baru Berjinak-Jinak Dengan 2 Roda Berkuasa Tinggi

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-01-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kawasaki memang bijak memenuhi citarasa dan kehendak pengguna. Penuh bergaya, motosikal bandar dan paling penting merupakan model paling effisien bagi mereka yang baru berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi. Rekaan yang menjurus kepada penunggang yang inginkan relaks, santai serta keselesaan ketika menunggang. Model yang merupakan satu pilihan yang tepat dan menarik bagi penunggang wanita. Vulcan S juga bukanlah satu model yang terhad kepada sesuatu kumpulan atau kelompok. Ianya bukan sebarang Cruiser.

Penawaran kuasa permulaan yang lancar ketika berhenti dan pecutan lancar juga boleh dirasakan ketika memecut. Itulah Sistem gabungan dari dual Throttle Valves. Ianya juga memudahkan penunggang mengawal ketika di lebuhraya atau pun semasa memotong kenderaan lain.45.0 kw {61 PS} / 7,500 rpm adalah kuasa kuda yang dihasilkan. Sementara Tork maksimum sekitar 63.0 N.m /6,600 rpm. Sekali pandang memang menawan.Keanggunanya ditambah lagi dengan pengunaan enjin 2 silinder berkembar dan selari. Casis yang unik bersama sistem penggantungan yang disusun atur.Rekaan model yang maju ke depan.

Kuasa enjin 649 cm3, 4 lejang silinder berkembar sejukan cecair. Prestasi responsif serta lancar terutamanya dalam julat rpm rendah dan sederhana yang disampaikan oleh 8-injap dengan suntikan bahan api dan DOHC.Dari segi penalaan enjin cukup memberangsangkan kerana ianya akan membangkitkan keyakinan yang tinggi kepada penunggang baru atau dikategorikan “Rider Family Power”.Soalan yang diajukan kepada saya, pengunaan minyaknya macam mana? Secara spontan jawapannya terletak ditangan penunggang. Motosikal ini boleh dikawal pengunaan bahan apinya dan juga boleh dirancang masa perjalanan dengan pengunaan bahan api yang minima. Macammana dan bagaimana caranya?

Vulcan S mampu mencapai tahap pengunaan bahanapi yang efisyen pada tahap tinggi. Perlu diingat pengunaan bahanapi dipengaruhi oleh pengunaan throttle, ketepatan pengunaan gear serta ciri-ciri kawalan yang lain semasa menunggang. Economical Riding Indicator. Apakah fungsi Economical Riding Indicator dan dimanakah kedudukannya dan apa faedahnya? Satu soalan yang cukup relevan dan perlukan pemerhatian khusus seandainya langkah penjimatan diperlukan semasa menunggang.

Economical Riding Indicator, merupakan satu fungsi yang menunjukkan apabila keadaan menunggang semasa pengunaan bahan api pada julat yang rendah. Sistem ini sentiasa memantau pengunaan bahan api,tanpa mengira kelajuan motorsikal,kelajuan enjin, penggunaan throttle dan lain-lain. Apabila berlakunya penggunaan bahan api yang rendah di tahap kelajuan yang tinggi, tanda”ECO” akan muncul di panel instrumen skrin LCD atau meter. Dalam arti kata mudah, selagi mood atau simbol “ECO” di meter itu kelihatan bermakna pengunaan bahan api masih ditahap berkurangan dan jimat. Ujian yang dilakukan menunjukkan simbol “ECO” akan terpapar di meter selagi kelajuan dibawah 130km/j. Jadi perancangan dari segi bahanapi dan juga kelajuan boleh dirancang untuk sesuatu perjalanan, terutama perjalanan jauh.

Adakah Vulcan S sesuai untuk layan kona? Bila bercakap tentang cruiser atau pun Easy Rider sudah semestinya jawapan boleh tetapi terhad. Bagaimana dengan Vulcan S adakah ianya tergolong dalam kelas tersebut. Ujian yang saya lakukan menunjukkan ianya melebihi dari jangkauan sebuah motorsikal cruiser. Ini berdasarkan dua ciri utama yang sememangnya membuktikan betapa jurutera kawasaki mereka bentuk Vulcan S agar boleh dipelbagaikan walaupun fokus utamanya ialah keselesaan dan santai. Ciri pertama iaitu saiz tayar depan 120/70/18 dan tayar belakang bersaiz 160/60/17. Saiz -saiz tayar tersebut selalunya digunakan oleh motorsikal naked. Bentuk saiz tayar yang bulat memudahkan cengkaman serta memberi kelebihan sewaktu mengambil selekoh. Dan ciri yang kedua ialah siatem suspensi dari jenis teleskopik 41mm pada bahagian depan, manakala suspensi belakang dari jenis 0ffset laydown single shock dan adjustable preload 7 hala. Jadi sekarang terpulang pada skill dan pengalaman individu yang menunggang Vulcan S ini.

Sistem brek depan adalah jenis single disc bersaiz 300mm serta dikawal oleh single caliper. Sememangnya cukup besar bagi sebuah cruiser. Single disc berukuran 250mm serta disokong oleh caliper juga terpasang di belakang. Cengkaman dari kedua-dua brek tersebut sudah mencukupi untuk mengawal dan memberhentikan motosikal hasil dari kuasa enjin berkembar itu. Ergonomik, gaya dan keselesaan yang di adunkan pada model Vulcan S ini telah menunjukkan tiada kompromi oleh Kawasaki. Bentuk moden,elemen panjang dan pendek pada sesuatu komponen disusun atur dengan cukup cantik. Seat depan dan belakang serta handle bar telah menawarkan keselesaan. Pemijak kaki depan dan belakang boleh diubah laras kedudukannya mengikut keselesaan penunggang.

Apa yang paling ketara di sini ialah ciri nontradisional telah dipadankan dengan cukup cantik. Dimana komponen lampu dan pengunaan rim jenis cast wheels five spoke pair designs yang menambahkan lagi keunikan dan keanggunan model ini. Jadi sudah semestinya keterampilan Vulcan S teramat sesuai bagi mereka yang mula berjinak dengan dunia 2 roda berkuasa tinggi. Tetapi kepada Otai yang masih berbisa dan mendambakan keselesaan dan santai, ini lah model pilihan yang tepat.

Previous Post

Menghimpunkan Para Peminat Dua Motor Serta Mengadakan Misi Kemanusiaan!

Next Post

Dimeriahkan Dengan Pelbagai Aktiviti Dan Menawarkan Hadiah-Hadiah Menarik

Next Post

Dimeriahkan Dengan Pelbagai Aktiviti Dan Menawarkan Hadiah-Hadiah Menarik

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved