Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dimeriahkan Dengan Pelbagai Aktiviti Dan Menawarkan Hadiah-Hadiah Menarik

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-02-02
in BULETIN, UTAMA
0

Kemeriahan penganjuran Bingit International Bike Festival 2015 boleh disamakan dengan sambutan musim-musim perayaan. Ditambah pula dengan pengisian pelbagai aturcara menarik, menjadikan Bingit International Bike Festival kali ini perhimpunan terbesar, terhangat dan paling berjaya dalam sejarah penganjurannya. Diadakan selama 3 hari bermula pada 1 hingga 3 Mei yang lalu telah merubah ruang letak kereta Kipmart Kota Tinggi Johor menjadi markas perhimpunan bikers terbesar dengan kehadiran bikers yang bukan sahaja dari seluruh Malaysia, malah menerima kunjungan bikers luar negara bertepatan dengan namanya, Bingit International Bike Festival.

Tapak festival mula dibanjiri di awal-awal pagi hari pertama lagi dengan ketibaan para bikers yang berkonvoi sekaligus disambut dengan penuh meriah. Antaranya termasuklah Suzuki Belang dari Belang Johor Baru, Suzuki Jajahan Negeri Sembilan, Plat Karat Lone Rider, Kluang EZ Bikers, SBBP dan Desperado Kluang Bikers yang disambut Kota Tinggi Bikers. Kehadiran bikers istimewa yang berasal dari Oklahama, saudara David bersama jenteranya BigDog diterbangkan khas ke Malaysia menambah bingitkan lagi festival ini.

Dilancarkan secara rasmi dengan simbolik pelancaran Bingit International Bike Fest 2015 Kota Tinggi oleh wakil Menteri Besar Johor, Datuk Zulkarnain Haji Kamisan merangkap Exco Belia Kesenian Dan Warisan Negeri Johor, Daerah Kota Tinggi. Sejurus selepas pelancaran tersebut, beliau bersama jemputan kehormat dibawa melawat gerai-gerai pameran, jualan dan tidak ketinggalan gerai Bingit sendiri. Pelbagai aktiviti disediakan pihak penganjur khususnya pengasasnya, saudara Hafizan Haji Hassan di sepanjang 3 hari berlangsungnya acara Bingit ini.

Antaranya termasuklah Ride Mega Ke Bingit International Kota Tinggi Johor kendalian 4 serangkai yang terdiri dari Syed Dzeeky Al-Eddruce, Elyas Malau, Asy Shafawi II dan Shaz Ley Said dan dilepaskan oleh Datuk Zulkarnain Haji Kamisan. Selain itu, turut disediakan adalah Gathering Bikers terbesar untuk 2015, Autoshow, Battle Stunt Bingit 2015 oleh Tun Shahir dan Ilia Iryani, Motoneka, Ratu Motosikal, Cabutan bertuah dengan hadiah pakej percutian ke luar negara serta Pertandingan Motosikal Custom dimana pemenangnya bakal diterbangkan khas ke Yogjakarta Indonesia untuk menyertai KustomFest Yogjakarta sebagai wakil dari Malaysia.

Bagi membingitkan lagi tapak festival, penganjur menyediakan persembahan pentas dan hiburan untuk para pengunjung seperti persembahan kebudayaan Tarian Singa, Mama Rina Kilauan Emas bersama D’Buskers dan yang paling ditunggu-tunggu persembahan Kelembai. Acara Bingit ini turut menerima kunjungan Skuad Perodua Era serta gergasi permotoran dunia, BMW Mottard dengan mesin hebat seperti F800R, F800GS dan S1000RR. Kemuncak penutup Bingit International Bike Festival 2015 Kota Tinggi telah menyaksikan upacara “mandi wajib” kelab motosikal Lost Cowboys sebagai simbolik penerimaan kemasukan ahli baru Lost Cowboys dan bertukar plug serta badge bersama pengasas Bingit.

 

Previous Post

Vulcan S Sesuai Untuk Otai Dan Baru Berjinak-Jinak Dengan 2 Roda Berkuasa Tinggi

Next Post

Hati Kena Selalu Cekal

Next Post

Hati Kena Selalu Cekal

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved