Adakalanya, modifikasi motor lama mengikut kehendak serta perkembangan terkini lebih murah berbanding membeli sebuah motosikal baharu. Itupun kalau motor sedia ada itu masih dalam keadaan yang baik. Sepertimana yang dilakukan oleh kedai kustom, Motocicli Audaci yang telah melakukan kerja-kerja modifikasi ke atas Super Cub C125.
Kedai Itali ini melihat Super Cub mempunyai potensi menjadi sebuah dirt bike sekaligus terhasillah Super Cub 125X. Motocicli melakukan beberapa penambahbaik bukan sahaja untuk meningkatkan prestasi motor ini, malah turut memperhebatkan lagi nilai estetik yang sudah sedia ada cemerlang.
Menggunakan tayar stok, penunggang dengan skill hebat pun tak mampu pergi pantas menggunakan dirt bike, jadi kedai ini menukarnya dengan tayar lain untuk lebih cengkaman. Bekerjasama dengan Andreani Group, kedai ini menggunakan suspensi yang benar-benar sesuai untuk dirt bike dipadankan dengan shock Ohlins dan pengangkat bahagian dengan Cub 1.5 inci.
Bagi menguatkan lagi penampilan retro scrambler, Motocicli memotong mudguard belakang dan fender high-mounted di bahagian depan untuk dipadankan dengan fender. Brek rekaan CAD dan fairing depan sangat praktikal dan dalam masa yang sama tetap bergaya manakala panel sisi karbon fiber/ekzos penghalang panas mengubah bentuk dan fungsi Cub ini.
Tema vintaj diteruskan dengan tempat duduk kulit Alcantara. Tempat duduk pembonceng pula dijahit. Akhir sekali, pinstripe yang kelihatan agak ganas tanpa perlu mengorbankan klasik dan elegan motor cub ini.
Sumber : rideapart