Model yang sedang anda lihat ini adalah dari Triumph, keluarga Thruxton R keluaran tahun 2016. Beberapa tahun sebelum ini, pengeluar Jerman telah berpeluang memasukkan beberapa modifikasi dalam festival tahunan Glemseck 101 dan salah satunya, The Bulldog – garang seakan baru sahaja menyantap jalan tarmak.
Asalnya, jentera ini dilengkapi SOHC (penyejuk cecairModel) parallel-twin dengan bersesaran 1,200cc. Jentera ganas ini mampu menghasilkan sehingga 96hp pada 6,750rpm, sementara tork pula pada 83 lb-ft (112Nm). Enjin model ini disepadankan dengan transmisi 6-kelajuan, membolehkan Thruxton ini mencecah kelajuan tertingga tidak kurang dari 135 mph (217 kph).
Tidak dinafikan, model stok dari kilangnya juga sudah cukup buas tetapi The Bulldog mengangkatnya ke satu tahap lebih tinggi. Percaya tak?
Bermula di bahagian hadapan, lampu asalnya dikeluarkan untuk memberi laluan kepada fairing hadapan Speed Triple R 2016, bersama dengan unit lampu LED yang segar. Selain itu, tempat duduk asalnya turut digantikan dengan tempat duduk yang diperbuat dari kulit, begitu juga dengan gegelung bertali yang juga dari aftermarket keluaran Triumph sendiri.
Dari sudut estetikanya, jentera ini satu hasil seni yang sangat brutal tetapi kuasa sebenarnya terletak pada bahagian powertrain. Dilengkapi dengan kit pengecas super Rotrex, ‘doktor motor’ mampu mengeluarkan 139hp dan tork 116lb-ft (157 Nm) pada rpm optima.
Bagi mengendalikan kuasa yang ekstra oomph, model ini turut dilengkapi dengan intercooler baharu dan sistem ekzos bespoke yang bila-bila masa bersedia menjahanamkan gegendang telinga anda. Lengan hayun dengan spesifikasi perlumbaan turut dipasangkan di bahagian belakang, manakala rodanya pula dilengkapkan dengan tayar Metzeler Racetec RR. Akhir sekali, lampu LED di bahagian ekor yang terduduk cantik seperti yang biasa dapat dilihat pada fender belakang Thruxton.
Sumber : Autoevolution.com