Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Triumph Street Triple S; Mudah, Ringkas dan Menyeronokkan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-30
in SHOW OFF, UTAMA
0

Triumph Street Triple S; Mudah, Ringkas dan Menyeronokkan

Namanya selalu didengari, pelbagai model juga sering dilihat, malah cerita dan gambar-gambar hasil tunggang uji sentiasa dikongsi teman-teman. Jadi peluang yang ditawarkan tidak disia-siakan demi menggalas tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan bagi menunggang uji model Triumph Street Triple S.

Triumph Street Triple S dikategorikan sebagai Varian Permulaan (Basic) di antara ketiga-tiganya. Tidak banyak info saya dapat tentang hasil tunggang uji Street Triple Varian S dari teman-teman. Sebelum memulakan sesi tunggang uji, saya membelek dahulu Triumph Street Triple 765 cc Varian S yang bakal diuji. Banyak persoalan timbul dan diajukan kepada kakitangan Fast Bikes, maklumlah ini kali pertama menguji motosikal jenama Triumph. Harus diingat yang lain jenama, lain ragamnya dan berbeza fungsi.

Rupa bentuk seperti pejuang di jalan raya, Street Triple Varian S lebih ringan berbanding model sebelumnya dengan penggunaan tayar berspesifikasi tinggi. Swingarm yang baru dengan bantuan penggantungan jenama Showa, enjin 765cc In-Line Three yang lebih kuat dengan kuasa 6.6% lebih tinggi dari model-model terdahulu. Ride By Wayar dengan 11.3ps@11,250rpm. Cukup menyenangkan dengan Street Triple S yang turut menghidangkan 2 mod menunggang iaitu Rain Mode dan road Mode.

Selain itu, Triumph Street Triple S ini didatangkan dengan sistem brek ABS dan kawalan daya tarikan boleh alih (Traction Control). Perubahan begitu ketara jika dibandingkan dengan model sebelumnya. Prestasi, kuasa tambahan dan tork. Ini adalah hasil pengalaman menunggang model terkini dan juga mencuba model yang sebelumnya dari seorang rakan yang juga pro jenama Triumph. Triumph Street Triple S yang berat hanya 166kg sebenarnya sebuah motosikal yang cukup seronok dikendalikan. Ringan, tangkas dan cukup meyakinkan.

Bagi mereka yang berpengalaman, model ini pilihan yang terbaik andai kata ingin mencuba model motosikal naked. Ia juga sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi, tambahan pula Street Triple S merupakan sebuah motosikal yang tidak memenatkan fikiran untuk mengingatkan pelbagai fungsi. Street Triple S ini boleh dipuji dengan pemilihan suspensi yang mantap, di mana Showa 41mm fork terbalik di depan dan monoshock di belakang.

Penambahan sistem brek ABS dan Kawalan Daya Tarikan boleh alih (Traction Control) cepat dan mudah walaupun terpaksa menggunakan sebelah tangan sewaktu menunggang bagi mengaktifkan atau mematikan Traction Control. Lampu Headlight Berkembar, sekali pandang seolah-olah Lampu Bermata. Ilham yang sungguh unik dan boleh dikelaskan sebagai terbaik dan kreativiti yang tiada tandingan. Pancaran dari lampu LED depan cukup membantu penunggang sewaktu menunggang waktu malam.

Sudah menjadi rutin setiap kali saya menguji motosikal, menunggang di waktu malam untuk ujian lampu. Ujian tersebut saya lakukan dalam 3 suasana iaitu di dalam bandar, diikuti lokasi jalan yang gelap gelita dan paling mencabar meredahi hujan lebat. Keputusannya hebat sekali buat Triumph Street Tiple S ini. Reka bentuk terkini dapat dilihat menerusi garis-garis tajam di badan model ini yang begitu menonjol dan pengakhiran hujung ekor diakhiri lebih tajam.

Beralih pula kepada instrumen, terdapat sistem analog dan digital. Meter rpm masih lagi dikekalkan Analog, sementara pelbagai butiran seperti kedudukan gear, penggunaan bahan api, odometer perjalanan dan penggunaan mod, butirannya dalam digital. Apa pun yang penting adalah pakej eletronik yang baru dan terkini iaitu Ride By Wire, Kawalan Daya Tarikan Beralih (Traction Control) dan dua mod menunggang iaitu Road dan Rain. Saya cukup teruja dengan sistem mod menunggang Rain. Tidak dinafikan yang majoriti motosikal keluaran terkini didatangkan dengan mod ini tetapi tindak balasnya berbeza. Keyakinan sewaktu menggunakan mod Rain dapat dirasai sewaktu meredahi hujan yang sangat lebat dengan jarak penglihatan tidak sampai 100 meter.

Cengkaman dari tayar Pirelli Diablo Rosso sewaktu meredahi situasi permukaan jalan raya yang licin berfungsi amat baik. Satu percaturan yang tepat antara sistem teknologi motosikal dan penggunaan jenama tayar. Gabungan ujian yang dilakukan di lebuh raya pada waktu siang dan malam, meredahi kesesakan jalan raya di bandar pada waktu puncak. Secara jujurnya, saya boleh kategorikan ia sebagai sebuah motosikal yang senang untuk dikendalikan. Pendapat saya secara peribadinya, model ini cukup stabil, ringan sangat pun tidak dan berat sangat pun tidak.

Kesimpulannya, Street Triple varian S adalah motosikal permulaan antara tiga varian Triumph Street Triple yang dibuktikan baik. Berkuasa, menyerlahkan prestasi dan mengekalkan sifat semulajadi jenama Triumph.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar 49

Previous Post

Demak Explorer 150

Next Post

SIC Harap Jadi Tuan Rumah, Anjur Pusingan Akhir MotoGP 2020

Next Post

SIC Harap Jadi Tuan Rumah, Anjur Pusingan Akhir MotoGP 2020

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved