Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Demak Explorer 150

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-30
in SHOW OFF, UTAMA
0

Demak Explorer 150

Pelbagai pandangan atau ulasan berbaur negatif sering didengari setiap kali kita berbicara tentang skuter. Ramai berpendapat, skuter selalu digunakan untuk dibawa berulang-alik ke masjid atau ke pasar, malah tidak kurang juga yang menganggap skuter tidak boleh pergi laju apatah lagi jauh. Bagi mereka yang gemar layan kona (selekoh), skuter bukan pilihan yang tepat kerana ia tidak mampu mengambil selekoh. Antara kata-kata sinis yang pernah dilemparkan di awal kemasukan skuter ke Malaysia, tetapi bagi saya pula, selagi belum cuba belum tahu. Setuju?

Skuter bukan jentera 2 roda yang harus dipandang rendah, buka mata luas-luas dan lihat serta rasai kemampuannya. Demak Explorer 150 ini tampil menarik, dipadankan dengan warna biru putih yang menyerlahkan lagi keanggunan dengan gayanya yang tersendiri. Apa kelebihan model ini? Bagi mereka yang memandang rendah terhadap skuter cukup mudah membuat ulasan dengan beranggapan semua skuter adalah sama dan yang membezakan jentera dua roda ini cuma bentuk dan jenama. Tidak boleh begitu. Lihat dulu, perhati dari dekat dan ketahui pelbagai kemudahan yang didatangkan bersama Demak Explorer 150 ini.

Berbekalkan minyak penuh 6.6 liter, spesis 2 roda tanpa perlu memikir gear ini memberi impak peluncuran yang agak mengejutkan. Lancar dan stabil. Keselesaan terasa di bahagian kaki kerana ruang yang lebar serta memanjang ke hadapan dan keselesaan seperti ini diperlukan ketika menunggang sebuah skuter. Kusyen yang sedikit tirus di depan dan melebar ke belakang memudahkan saya untuk menggerakkan badan ke depan dan ke belakang ketika mengambil selekoh. Segala teknik dan taktik superbike dipraktikkan ketika mengambil selekoh dengan Demak Explorer 150 dan ia bukan omongan kosong tapi kenyataan.

Persepsi awal saya pada skuter berubah dan keyakinan cukup tinggi setelah mencubanya di Litar Lih Pao, Taiwan. Bezanya dulu di dalam litar dan sekarang di jalan raya. Ujian kestabilan cukup menyeronokkan, sewaktu memotong kenderaan ringan dan berat. Manakan tidak, skuter ini boleh diklasifikasikan dalam kelas kapcai tapi masih mampu melegakan hati dan perasaan penunggang serta memberi keyakinan yang jitu.

Andai kata kapcai, sudah tentu memerlukan jarak yang agak jauh sewaktu memotong kenderan berat tetapi tidak pada Demak Explorer 150. Berbuai tetap terasa sewaktu membelah angin dari depan ketika memotong kenderaan berat dengan pecutan sekitar 120km/j. Namun bagi saya itu adalah buaian mesra yang mengingatkan kita tahap kemampuan dan jarak yang sesuai bagi Demak Explorer 150 ketika memotong kenderaan berat.

Ruang simpan barang yang terletak di bawah kusyen cukup besar, ujian menunjukkan 1 beg kamera, sepasang baju hujan dan komputer riba boleh diisi sekali gus. Didatangkan dengan kemudahan pengecas telefon berteknologi terkini. Selain itu, turut dilengkapkan dengan butang membuka kusyen dan minyak berkualiti. Sistem kunci yang mementingkan keselamatan terutama dari kecurian. Pandangan dari bahagian depan cukup meriah. Melihatkan lampu yang terpasang, ditambah 2 baris lampu Led berbentuk U yang cukup unik. Bagaimana pula dengan kelajuan?

Usah dambakan Demak Explorer 150 seperti sebuah superbike kerana mustahil akan selaju itu. Meter 140km/j yang tertera di Meter Analog adalah kelajuan maksima jentera ini. Berat saya 75kg, hasil ujian kemampuan maksima adalah 130km/j. Anda ada jawapannya? Kepada sesiapa yang menunggang dengan berat di bawah 70kg, berapakah kelajuan maksimum? Pada saya, penggunaan enjin 4-lejang, 1-silinder, penyejukan udara jet, enjin berkapasiti 150cc, jarak roda; 1,260mm dan 6.6 liter maksimum minyak menjadikan skuter ini pilihan terbaik.

Kesimpulannya, hasil tunggang uji yang saya lakukan, pengkelasan model Demak Explorer 150 ini ialah ekonomi, reka bentuk dan warna yang menyerlah, stabil dan menghasilkan kuasa pecutan yang tidak mengecewakan. Pengendalian yang mudah serta tambahan fungsi terkini.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar 49

Previous Post

Bakal Disingkirkan; Khairul Idham Pawi Perlu Raih Kedudukan Kelompok 15 Terbaik Musim Ini!

Next Post

Triumph Street Triple S; Mudah, Ringkas dan Menyeronokkan

Next Post

Triumph Street Triple S; Mudah, Ringkas dan Menyeronokkan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved