Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Track Day Dato’ Sagor

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-05
in BULETIN, UTAMA
0

Track Day Dato’ Sagor

Setelah menyepi beberapa bulan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKPB dan PKPP) bagi memutuskan rantaian wabak pandemik paling bahaya yang melanda dunia, akhirnya Litar Dato’ Sagor yang terletak di Perak kembali bergegar. Baru-baru ini, sebuah program Track Day anjuran Encik Nelson telah diadakan.

Bukan satu nama baru dalam dunia permotoran, Encik Nelson yang mempunyai ramai kenalan khususnya geng-geng motor menganjurkan program ini untuk menyemarakkan lagi dunia dua roda. Namun begitu, penyertaan terpaksa dihadkan kepada 40 sahaja walaupun terlalu ramai yang teruja untuk turut menyertai program ini. Para peserta pula ada yang datang dari Ipoh dan tidak kurang juga dari luar Ipoh yang turut turun padang.

Pelbagai aksi menarik dapat dilihat sepanjang berlangsungnya program, malah ada yang melakukan aksi mirip SuperKip sekali gus membuktikan bahawa ramai yang mengambil peluang ini melepaskan gian masing-masing yang terpendam sekian lama.

Menurut Encik Nelson yang gemar menganjurkan program track day, sebagai seorang peminat motor dan suka gaya hidup biker, beliau beranggapan tidak kira apa yang anda naiki, tidak kira siapa anda, biker adalah kumpulan keluarga yang besar. Namun begitu, ramai yang tidak tahu ada satu aktiviti yang dipanggil “trackday.”

“Dalam trackday, anda boleh berlatih, anda boleh berlumba, anda boleh belajar, anda boleh mencuba dengan keadaan yang selamat. Kenali pelumba lain, sama-sama belajar. Berkongsi antara satu sama lain. Belajar antara satu sama lain dan saling tolong menolong,” jelas beliau lagi.

Tahnaiah dan setinggi ucapan terima kasih kepada En. Nelson yang menganjurkan aktiviti hujung minggu bersama rakan-rakan. Program ini bukan sahaja dapat menghidupkan kembali dunia permotoran, malah ia juga memberi kesempatan kepada rakan-rakan meluangkan masa bersama-sama. Manakala Litar Dato’ Sagor ini pula sesuai untuk penganjuran program sebegini dengan kos yang murah dan lokasi yang strategik khususnya untuk para peminat di kawasan utara.

Tidak kira apa juga aktiviti yang bakal diadakan, jangan lupa pesan kami dari Roadstar. Pakai pelitup muka (face mask). Bermula 1 Ogos lepas, semua orang diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam. Jangan seronok sampai lupa ancaman Covid-19. Meminjam kata-kata Shark KL Central, “Kobid wa tak berani pegang!”

Disediakan oleh : En. Bob

 

Previous Post

Palsu : Dakwaan Polis Kompaun Penunggang Motosikal Tidak Pakai Pelitup Muka Adalah Tidak Benar!

Next Post

KTM 1290 Super Duke R, Keterampilan Kuasa Luar Biasa

Next Post

KTM 1290 Super Duke R, Keterampilan Kuasa Luar Biasa

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved