Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tips Untuk Kekal Segar Dan Sedar Sepanjang Pengembaraan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-06-09
in BULETIN, UTAMA
0

Ramai berpendapat, hanya pemandu kereta kerap keletihan dan mempunyai kecenderungan untuk tertidur ketika memandu memandangkan mereka berada dalam keadaan yang sangat selesa. Namun, ada juga yang tidak bersetuju!

Hakikatnya, penunggang motosikal juga boleh mengantuk apabila menunggang motosikal. Hilang fokus, ‘berangan-angan’ dan juga terlelap boleh terjadi khususnya dalam iklim di Malaysia yang akhirnya mengundang bahaya!

Berikut, beberapa tips yang diharapkan boleh membantu anda untuk kekal segar dan sedar sepanjang penunggangan terutamanya ketika menunggang jarak yang jauh.

1. Hidrat!
Penyumbang terbesar yang mengakibatkan rasa mengantuk adalah berpunca dari kehilangan tenaga kesan penyahhidratan. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda kekal bertenaga dan terhidrat kerana ia memerlukan usaha untuk kembali bertenaga. Justeru, pastikan anda mempunyai bekalan air yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Salah satu cara terbaik untuk kekal bertenaga adalah dengan melengkapi diri anda dengan bekalan tenaga yang juga dikenali sebagai CamelBak. Anda boleh menyimpan bekalan minuman dan tidak perlu berhenti rehat terlalu kerap. Gerakan yang melibatkan fizikal seperti mengambil tiub, meletakkan di mulut dan menyedutnya juga membantu memecahkan kebosanan menunggang sendirian.

2. Regangan
Lakukan regangan dan menarik nafas panjang membantu untuk meningkatkan kitaran darah. Cara ini juga membantu anda kekal sedar untuk tempoh masa yang lama.

Sekiranya anda mula hilang fokus dan keletihan, cari jalan yang lurus dan berdiri. Pengaliran udara yang ekstra ke dalam badan sangat membantu khususnya jika anda menunggang motor dengan windscreen yang tinggi.

Seterusnya, anda boleh mengunjurkan punggung ke belakang tempat duduk dan ke depan untuk membuat regangan di bahagian belakang badan dan juga melunjurkan kaki anda.

Cara yang terbaik, berhenti di Kawasan stesen minyak dan lakukan rutin regangan.

3. Mula Awal
Perjalanan yang dimulakan di awal pagi memberi banyak kelebihan dan salah satunya, cuacanya yang sejuk. Cuaca yang panas dan lembap akan menyebabkan tenaga mula dinyahhidrat. Bergerak lebih awal juga membuatkan anda lebih santai menikmati perjalanan tanpa perlu tergesa-gesa. Konsentrasi dan usaha fizikal yang berlebihan menyebabkan anda menunggang lebih pantas dan membuatkan anda keletihan secara fizikal dan mental.

4. Kekal Positif
Kekal positif seiringan dengan kekal segar. Minda dan tubuh mudah keletihan sekiranya anda kepada bertanya “Bila nak sampai?” atau “Kenapa aku buat ni?” Pendek kata, kawal minda dan buang aura toksik. Fokus terhadap matlamat yang bakal dikecapi sebaik sahaja tiba ke destinasi. Sebagai contoh, berjalan di tepian pantai sambil memegang minuman ringan atau berjalan dalam udara yang segar di puncak gunung!

5. Makan Berpada-pada
Kebanyakan penunggang motosikal tahu, pengambilan makanan berat akan membuatkan mereka cepat letih dan mengantuk. Malangnya, penunggang di Malaysia sering merancang untuk makan sesuatu yang enak. Cara yang ideal, ambil makanan yang ringkas yang boleh membekalkan tenaga dan bukannya makanan berminyak atau pedas.

Namun begitu, kebanyakan penunggang motosikal lebih gemar makan makanan pedas dan berminyak. Jika begitu, ambil dalam bilangan yang sedikit dan minum air suam atau mineral dengan lebih banyak.

Atau bergantung samada anda menunggang secara solo atau berkumpulan, amalkan snek bertenaga dan buah-buah segar.

6. Sumbat Telinga
Kebanyakan penunggang di Malaysia merasakan penyumbat telinga sebagai satu larangan. Namun begitu, menunggang dalam keadaan yang kurang bising dapat mengurangkan keletihan kerana tidak perlu mendengar bunyi deruan angin sepanjang masa.

Terdapat penyumbat telinga khas yang menapis angin dan dalam masa yang sama boleh mendengar bunyi yang lain seperti percakapan, bunyi enjin dan juga komunikasi Bluetooth.

7. Muzik
Ada yang suka, ada juga yang tidak. Apa yang dimaksudkan ialah, mendengar lagu menerusi perangkat komunikasi Bluetooth. Kebanyakan dari kita memang suka muzik dan bernyanyi bersama untuk menghilangkan kebosanan dan membantu untuk kekal berjaga. Ada golongan pula yang merasakan, bunyi muzik mengganggu konsentrasi.

Sebenarnya, anda boleh melatih untuk kekal fokus ketika menunggang walaupun mendengar lagu yang kuat di telinga. Bagaimanapun, anda dinasihati untuk memasang muzik pada volum suara yang bersesuaian untuk membolehkan anda peka dengan keadaan sekeliling.

Muzik apa yang ingin anda dengar itu terpulang kepada citarasa masing-masing tetapi, menurut pengalaman, mendengar muzik berentak perlahan menjimatkan tenaga yang positif.

8. Kerap Membuka Visor
Khusus untuk penunggang motosikal yang memakai kelmet muka penuh. Memastikan udara segar di bahagian mula membuatkan anda kekal segar. Anda boleh memperlahankan kelajuan dan membuka visor agar udara segar dapat masuk khususnya ketika dalam keadaan panas terik.

9. Lencongan
Sesekali seronok kalau melanggar rutin kerana ia dapat memecahkan kebosanan dan mengambil lencongan dapat memberikan keseronokan itu. Sebagai contoh; keluar dari lebuh raya dan masuk ke jalan yang penuh berliku juga selekoh begitu juga sebaliknya.

Minda akan mudah hilang fokus dan ia kerap berlaku apabila anda menunggang beratus-ratus kilometer di jalan yang lurus tanpa sebarang halangan. Namun, jika anda merasakan mengambil lencongan hanya merosakkan rancangan sedia ada, ia adalah salah satu alas an untuk anda bergerak lebih awal atau rancang jalan lain dan dimasukkan dalam jadual perjalanan.

10. Berhenti
Pilihan yang terakhir atau mungkin juga dijadikan sebagai pilihan pertama. Berhenti dan rehatkan mata anda, tidur selama 15 minit. Hampir di setiap R&R menyediakan pondok yang membolehkan anda berehat. Tidak perlu membelek Facebook atau tengok aktiviti terkini pak Menteri. Tidur. Sebelum itu, pastikan semua barang peribadi dan motor telah disimpan dengan rapi.

Perkongsian : Wahid Ooi Abdullah

Previous Post

10 Perkara Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Next Post

Menyusuri Laluan Menarik Sekitar Muar

Next Post

Menyusuri Laluan Menarik Sekitar Muar

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved