Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

10 Perkara Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-06-04
in BULETIN, UTAMA
0

Tak Dapat Nak Ke Mana-Mana, Bukan Bermakna Dunia Sudah Berakhir!

Sudah pasti ramai yang berharap dan berdoa agar pandemik Covid-19 ini dapat dihapuskan pada tahun 2021 setelah teruk mencengkam kesihatan, keselamatan dan ekonomi bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Namun, tidak ada tanda pandemik ini berhenti atau dihapuskan dalam masa terdekat. Dalam apa juga keadaan, kita harus bersedia dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dari masa ke masa.

Setiap kali PKP dilaksanakan, ia adalah satu berita buruk untuk banyak sektor ekonomi dan juga kepada para penunggang motosikal yang gemar menunggang motor samada secara solo atau beramai-ramai. Namun begitu, ia tidak bermaksud kita harus kuburkan terus gaya hidup dan fesyen. Betul tak?

Berikut, beberapa aktiviti berkaitan motosikal yang boleh dilakukan di rumah sepanjang PKP;

1. Menyenggara Motor
Waktu yang tepat untuk menambah pengetahuan secara teknikal. Mengetahui lebih rapat tentang apa yang ada pada motosikal anda. Rujuk manual motosikal yang disertakan bersama motor. Cuci motor dan rajin-rajin melihat bahagian pelincir agar tidak berkarat. Jangan biarkan motor kotor kerana kekotoran tersebut akan mengeras. Jangan lupa untuk mengecas bateri motor.

2. Lakukan Baikpulih
Ketika mencuci motor, anda seharusnya dapat mengesan sekiranya ada bahagian yang bermasalah. Atau sesuatu bunyi yang agak mengganggu. Ada yang longgar? Ketatkan. Kalau pihak pedal dan berbunyi? Letak pelincir.

3. Main Permainan Lumba
‘Berjauhan’ terlalu lama dari motosikal akan menyebabkan kebosanan dan menjadikan naluri serta tindakan refleksi anda menjadi tumpul. Permainan berkaitan perlumbaan membantu mengasah kemahiran dan tindakan refleks anda. Selain itu, permainan kombat seperti PUBG Mobile atau Call or Duty boleh membantu kerana ia juga melibatkan banyak tindakan refleks.

4. Membaca
Apa yang menjadikan seseorang itu penunggang motosikal yang bagus? Pengetahuan. Anda mahu menunggang dengan lebih baik, pantas tetapi itu semua tidak akan jadi tanpa ilmu pengetahuan. Dengan membaca, ia membantu minda berfikiran lebih bijak dan tajam. Apa kata kalau anda beli sebuah buku tentang kemahiran menunggang motor? Kalau anda nak, banyak bahan bacaan di luar sana termasuk e-book.

5. Tonton Filem Berkaitan Motosikal
Terlalu banyak filem yang bagus berkaitan motosikal. Jangan pilih filem tertentu kerana filem-filem ini lebih menceritakan tentang jenama. Sebaliknya, beri tumpuan terhadap filem yang bercerita tentang minat dan keseronokan menunggang motosikal. Selain itu, banyak juga dokumentari tentang motosikal seperti “Why we Ride,” “On Any Sunday,” or “Fast,” “Faster,” dan “Fastest.”

6. Tonton Perlumbaan Lama
Tiga musim MotoGP yang lepas memang menarik tetapi, ada juga siri perlumbaan motor yang hebat seperti Yamaha RZ350LC. Jika anda benar-benar ingin menonton, jangan lupa saksikan era kegemilangan perlumbaan World GP 500cc dan WorldSBK. Banyak perkara yang boleh dipelajari.

7. Guna Daya Dan Tenaga Kreativiti Anda
Bina motosikal Tamiya dengan kit skala. Atau kereta. Atau beli permainan Lego. Mungkin ia kelihatan sangat mudah tetapi hobi begini memerlukan masa untuk merancang, berfikir dan yang paling penting, menguji kesabaran. Ia meningkatkan kehebatan dan bukannya sikap agresif yang mudah marah.

8. Libatkan Anak-Anak
Sebenarnya, kanak-kanak ingin buat apa sahaja yang anda lakukan. Jadi, ajak mereka cuci motosikal bersama-sama atau membawa anda bersama-sama menunggang motosikal. Mereka akan mula menyukai apa yang anda suka.

9. Rancang Pengembaraan
Inilah masa yang sesuai untuk mencari inspirasi dengan membaca artikel dan melihat gambar tentang pengalaman penunggang motosikal lain khususnya mereka yang sudah menjelajah ke tempat yang belum pernah anda pergi. Kemudian, rancang untuk pengembaraan anda sendiri. Ya, ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat tetapi, sekurang-kurangnya anda mempunyai perancangan untuk pergi ke sesuatu tempat setelah pandemik ini berakhir.

10. Bertenang Dan Santai
Bukan senang untuk menerima keadaan sekarang. Begitu juga dengan ramai lagi orang merasakan hal yang sama. Ada rasa bimbang, takut dan juga tertekan. Lebih menakutkan apabila memikirkan sekiranya pandemik ini menjangkiti keluarga tersayang. Jadi, apa yang perlu anda buat ialah bertenang dan berehat seketika.
Keadaan ini tidak akan berkekalan kerana tiada apa yang kekal sampai bila-bila.

Perkongsian : Wahid Ooi Abdullah

Previous Post

Kemalangan Ragut Nyawa Pelumba Moto3 Jason Dupasquier

Next Post

Tips Untuk Kekal Segar Dan Sedar Sepanjang Pengembaraan

Next Post

Tips Untuk Kekal Segar Dan Sedar Sepanjang Pengembaraan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved