Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tips Keselamatan untuk Pembonceng Motosikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-06-27
in BULETIN, UTAMA
0

Motosikal merupakan salah satu pengangkutan paling digemari dan popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bukan hanya kerana ia lebih mudah dikendalikan dan diselenggarakan tetapi juga menjimatkan khususnya dari segi masa yang membolehkan penunggang sampai lebih cepat ke destinasi terutamanya ketika waktu puncak. Namun begitu, perkara yang paling utama yang perlu diambil kira ialah isu keselamatan yang mana sering diabaikan penunggang motosikal apatah lagi pembonceng.

Mungkin kedengaran remeh tetapi peranan utama dalam pengendalian motosikal adalah berbeza antara penunggang dan pembonceng. Penunggang merujuk kepada individu yang mengendalikan motosikal. Bertanggungjawab untuk mengendalikan kawalan dan penggerak motosikal. Pembonceng pula merujuk kepada individu yang duduk di belakang atau di sisi penunggang motosikal. Tidak mengendalikan motosikal tetapi bergantung kepada penunggang untuk keseimbangan dan keselamatan semasa perjalanan.

Walaupun begitu, pembonceng juga perlu menitikberatkan isu keselamatan setiap kali membonceng motosikal dengan memastikan keadaan diri. Bagi pembonceng, kesedaran terhadap keselamatan adalah kunci untuk menikmati pengalaman membonceng dengan selamat dan selesa. Artikel ini akan membincangkan tips keselamatan penting yang perlu dipertimbangkan oleh pembonceng motosikal.

1.Alat-alat Keselamatan Penting
Sebelum memulakan perjalanan, adalah penting untuk memastikan bahawa anda dilengkapi dengan alat keselamatan asas.

Topi Keledar/Helmet
Alat perlindungan paling penting untuk kepala semasa membonceng motosikal. Pilih topi keledar yang mematuhi standard keselamatan seperti SIRIM. Pastikan topi keledar itu sesuai dengan saiz kepala dan selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang. Topi keledar yang betul boleh membantu mengurangkan kecederaan kepala dalam kejadian kemalangan serius.

 

Pakaian Perlindungan
Pakaian pelindung termasuk jaket dan seluar adalah kelengkapan yang penting untuk melindungi tubuh anda semasa membonceng motosikal. Pilih jaket dan seluar yang diperbuat daripada bahan tahan lasak. Bahan-bahan ini menawarkan perlindungan tambahan terhadap kecederaan kulit akibat geselan pada permukaan jalan semasa kemalangan.

Pastikan pakaian pelindung itu sesuai dengan saiz badan anda dan mempunyai lapisan pelindung di bahagian siku, bahu, dan belakang untuk melindungi bahagian tubuh yang paling mudah cedera semasa jatuh. Pakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan cuaca.

Sarung Tangan dan Kasut
Sarung tangan dan kasut yang sesuai adalah penting untuk melindungi tangan dan kaki anda semasa menaiki motosikal. Gunakan sarung tangan yang diperbuat daripada bahan tahan lasak untuk melindungi tangan semasa jatuh. Sarung tangan juga membantu meningkatkan cengkaman anda pada pemegang motosikal. Pastikan kasut anda adalah jenis yang sesuai, seperti kasut berlapis keras yang melindungi kaki dari kecederaan ketika berlaku kejutan semasa pemanduan.

2. Teknik Penunggangan
Bagi pembonceng memahami dan mengamalkan teknik-teknik yang betul, ia bukan hanya membantu dalam menjaga keseimbangan motosikal tetapi juga memastikan komunikasi yang efektif dengan penunggang.

Kedudukan Badan
Pembonceng perlu memastikan bahawa mereka duduk dengan selesa dan berat badan seimbang semasa menaiki motosikal. Ini membantu untuk mengekalkan keseimbangan motosikal dan mengurangkan tekanan kepada penunggang. Pastikan anda memegang pegangan motosikal yang disediakan atau pemegang kotak untuk kestabilan tambahan semasa perjalanan. Dengan pegangan yang kukuh, anda membantu meningkatkan keseimbangan dan mengurangkan getaran semasa motosikal bergerak.

Menyelaras dengan Penunggang
Komunikasi yang efektif antara penunggang dan pembonceng adalah penting untuk keselamatan dan keselesaan semasa menaiki motosikal. Penggunaan isyarat yang jelas memainkan peranan dalam memastikan pergerakan yang selamat dan efisien.

Mengurangkan Gangguan
Elakkan mengganggu penunggang dengan bergerak secara tiba-tiba atau bercakap berlebihan semasa perjalanan. Ini dapat mengganggu keseimbangan dan keselamatan.

Kesimpulan
Dengan mengamalkan keselamatan yang baik dan berhati-hati menaiki motosikal, pembonceng dapat menikmati pengalaman yang menyeronokkan tanpa mengabaikan aspek keselamatan. Amalkan semua tips dan pastikan motosikal sentiasa dalam keadaan yang baik untuk menikmati perjalanan yang selamat dan selesa.

Previous Post

Sikap Agresif & Sentap Tanpa Had, Mungkin Undang Implikasi!

Next Post

Roadster Gaya Tanpa Had, Harga Bermula Dari RM20,500 Seunit

Next Post

Roadster Gaya Tanpa Had, Harga Bermula Dari RM20,500 Seunit

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved