Sebanyak 34 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak dalam ‘Op Khas Kesalahan Bunyi (Ekzos) Bising’ setakat Isnin (1 Mac).
Ketuanya, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata di Kuching merekodkan jumlah tertinggi iaitu 15 saman, diikuti di Padawan (8); Limbang (4); Serian (3); Bau (2); dan Marudi serta Lawas masing-masing satu saman. Menurutnya, 348 kenderaan diperiksa dalam operasi tersebut.
“Daripada pemeriksaan dilakukan, 34 motosikal yang diperiksa didapati menggunakan ekzos tidak mematuhi standard ditetapkan iaitu berbunyi bising. Tindakan saman telah dikenakan ke atas kesemua motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini (2 Mac).
Tambahnya, 115 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dikesan dalam operasi tersebut.
Sumber : Utusan Borneo