Baru-baru ini, Suzuki Malaysia menerusi akaun Facebook telah mengumumkan ketibaan Suzuki Katana dari Jepun dan mengalu-alukan kedatangan para peminat untuk menyaksikan dengan lebih dekat di semua wakil-wakil pengedar di seluruh negara. Namun begitu, harganya masih belum didedahkan.
Jika melihat kepada harga yang lepas, harga Katana 2021 dijangkakan mencapai RM90,000.00 atau mungkin juga lebih. Para peminat yang ingin mengunjungi wakil-wakil pengedar atau bilik pameran Suzuki dinasihatkan agar menghubungi terlebih dahulu sebagai memudahkan urusan di kala pandemik dan kes harian yang masih lagi tinggi.
Menurut portal Paul Tan, Katana ini dipercayai berasaskan Suzuki GSX-R1000R generasi terdahulu yang menghasilkan 147hp pada 10,000 rpm dan tork 108 Nm. Selain itu, ia dilengkapi dengan gearbox 6-kelajuan dan Suzuki Clutch Assist System (SCAS) yang sama dengan unit digunakan untuk GSX-R1000R.