Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tiada Penjarakan Sosial, Sturgis Dipenuhi Ratusan Ribu Penunggang Motosikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-11
in BULETIN, UTAMA
0

Tiada Penjarakan Sosial, Sturgis Dipenuhi Ratusan Ribu Penunggang Motosikal

Biarpun kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) sudah mencecah lima juta, ribuan penunggang motosikal mengabaikan penjarakan fizikal ketika berkumpul di sebuah bandar kecil di selatan Dakota, sempena Perhimpunan Motosikal Sturgis Ke-80. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perhimpunan 10 hari di bandar Sturgis pada Ahad, menarik ratusan ribu penunggang motosikal untuk bersosial, minum dan berpesta bersama – menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan bahawa tahun ini ia boleh menjadi acara ‘super spreader’ jangkitan COVID-19.

Buat masa ini, bandar Sturgis di kawasan Meade-County, itu terletak jauh daripada kawasan paling teruk dilanda wabak COVID-19, hanya mencatatkan satu kes kematian, menurut pegawai kesihatan negeri. Namun, beberapa penunggang motosikal yang memasuki kawasan itu berasal dari luar bandar dan dibimbangi mereka menjadi punca jangkitan virus berkenaan.

Di selatan Dakota, lokasi terletaknya Gunung Rushmore yang mengukir arca besar empat bekas Presiden serta tempat Presiden AS, Donald Trump mengadakan perhimpunan bulan lalu, satu kawasan yang tidak pernah diperintahkan untuk ditutup atau mewajibkan pemakaian topeng muka. Pegunjung di Sturgis digalakkan namun tidak diharuskan untuk memakai topeng muka, menyebabkan tidak ramai berbuat demikian.

Setakat ini, jalan utama di bandar berkenaan dipenuhi penunggang motosikal sementara bar turut dibanjiri dengan kehadiran mereka, menyaksikan tiada langsung penjarakan fizikal. Pengunjung yang menghadiri perhimpunan edisi ke-80 itu sudah melebihi 6,000 orang dan ia memberi pulangan ekonomi kepada Sturgis, manakala ada juga yang memanfaatkan sepenuhnya perniagaan hujung minggu mereka.

Mereka menunjukkan kemeja-T bertulis ‘saya selamat COVID-19’ atau ‘tuhan, senjata api dan Trump’ atau membawa foto presiden memakai jaket kulit dan menunjukkan isyarat tidak senonoh.

“Kami begitu gembira pengunjung dapat melihat apa tawaran terbaik yang diberikan oleh kita!,” kata Kristi Noem, seorang Republikan dan penyokong kuat Trump dalam Twitter. – AFP.

Sumber : Berita Harian

Previous Post

CKJ Catur Strategi Kembali Dominasi Kategori CP125

Next Post

PLUS Dan ELITE Diiktiraf Lebuh Raya Sistem Tertutup Terbaik!

Next Post

PLUS Dan ELITE Diiktiraf Lebuh Raya Sistem Tertutup Terbaik!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved