Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

PLUS Dan ELITE Diiktiraf Lebuh Raya Sistem Tertutup Terbaik!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-12
in BULETIN, UTAMA
0

PLUS Dan ELITE Diiktiraf Lebuh Raya Sistem Tertutup Terbaik!


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dinobatkan sebagai lebuh raya sistem tertutup berprestasi terbaik dari segi keselamatan dan keselesaan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail dalam satu kenyataan berkata, kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS dan lebih bermakna apabila Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di bawah PLUS juga berada di tempat kedua di bawah kategori yang sama.

“Kedudukan tempat pertama tambah lebih bermakna kerana kami telah berusaha dengan tekun setiap masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan lebuh raya kami selamat untuk semua pelanggan setiap masa,” katanya.


Majlis penyampaian Sijil Penarafan MyExpressway MIROS telah diadakan di Bangi hari ini sempena upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MIROS bersama 13 rakan strategik keselamatan jalan raya bagi meningkatkan standard keselamatan jalan raya di Malaysia, Indonesia dan India. Lebuh raya sistem tertutup merupakan sistem yang memerlukan pengguna menyentuh atau mengambil tiket transit / kad apabila memasuki lebuh raya dan ‘sentuh keluar’ atau memulangkan tiket transit / kad semasa keluar dengan kadar tol berdasarkan kelas kenderaan serta jarak yang dilalui.

Lebuh raya lain yang mendapat pengiktirafan MIROS termasuk Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Pantai-Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang masing-masing berada pada kedudukan ketiga, keempat dan kelima bagi kategori lebuh raya berprestasi terbaik.

Sementara itu, Ketua Pengarah MIROS Ir Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata PLUS berhak mendapat kemenangan tersebut kerana telah melabur secara sinergi dalam tenaga kerja dan peralatan lebuh raya untuk memberikan keselesaan dan keselamatan optimum kepada pelanggan lebuh raya.

“Lebuh raya berprestasi terbaik adalah berdasarkan indeks kematian yang rendah serta reka bentuk persekitaran dan operasi trafik yang optimum daripada aspek keselamatan jalan raya. Lebuh raya pada kedudukan teratas diiktiraf kerana berpotensi mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah di lebuh raya,” katanya. — BERNAMA

Previous Post

Tiada Penjarakan Sosial, Sturgis Dipenuhi Ratusan Ribu Penunggang Motosikal

Next Post

TT-Course, Topi Keledar Bertutup Penuh Terbaharu Di Pasaran

Next Post

TT-Course, Topi Keledar Bertutup Penuh Terbaharu Di Pasaran

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved