Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Throwback : Ride To Hajj 2.0

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-10-25
in BULETIN, UTAMA
0

Sejak kebelakangan ini, ramai rakan bikers menggunakan motosikal berkuasa kecil untuk merantau ke negara-negara luar yang lebih jauh dari Thailand. Antara yang turut menggunakan cara yang sama adalah 9 orang sahabat permotoran, kesemuanya rider yang menunggang motosikal berkuasa tinggi melebihi 700cc ke atas. Mereka telah memulakan perjalanan yang mencabar untuk menunaikan rukun Islam ke-5 dengan menunggang kapcai setelah lulus segala ujian fizikal dan mental diikuti persiapan ke tanah suci Mekah. Manakala motosikal pilihan pula adalah Honda RS150CC, kini impian mereka menjadi kenyataan.

Pada 7 Jun yang lalu, para peserta konvoi Ride To Hajj 2.0 bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Alor Setar, Kedah. Mereka disambut oleh Hajji Wazi Hamid di IPoh salah seorang peserta Ride To Hajj 1.0 pada 2016. Selesai solat Jumat peserta konvoi bergerak menuju ke Alor Setar dan dalam perjalanan mereka disambut seorang lagi peserta Ride To Hajj 1.0 yang digelar sebagai Hajji Mat TT.

Konvoi selamat tiba di Alor Setar lebih kurang jam 6.30 petang. Selepas selesai solat maghrib, para peserta konvoi bersama keluarga dan kenalan diraikan dalam satu jamuan makan malam di Qimie’ Place Jalan Hutan Kampong, Alor Star, Kedah. Mereka disambut oleh bikers dari daerah Alor Setar dan Jitra yang turut disertai YDH Datuk Zainuddin Yaacob Ketua Polis Kedah. Doa selamat dibacakan oleh Ustaz Zulhazwan Ismail dalam majlis tersebut, beliau salah seorang peserta konvoi Ride To Hajj 2.0. Selesai jamuan makan malam, para peserta dan keluarga bergerak pulang ke hotel mereka.

Pada 8 Jun, seawal jam 8.00 pagi, para peserta konvoi bergerak menuju ke Seri Mentaloon yang diketuai oleh ketua konvoi, En Sohaini Samson atau nama gelarannya Wak Ani. Menurut beliau, mereka akan menunggang kapcai sejauh 16,000 kilometer dan hampir dua bulan, para peserta merentasi enam buah negara iaitu Thailand, Myanmar, Iran, India, Pakistan dan UAE sebelum memasuki Arab Saudi. Ini merupakan konvoi kedua Ride To Hajj selepas kejayaan pertama oleh mentor mereka yang juga legenda lumba motosikal negara, Hj Wazi Hamid bersama 4 peserta yang lain pada tahun 2016.

Menurut Wak Ani, mereka dijangka sampai ke sana dalam tempoh 10 hari sebelum hari wukuf. Tambahnya lagi, konvoi dianjurkan Kelab Kebajikan Permotoran Amal (KKPA) ini menggunakan kapcai berjenama Honda bagi menjimatkan kos selain ringan untuk dikendalikan dalam perjalanan jauh. Sekiranya ada yang ingin mengikuti segala aktiviti dan perjalanan konvoi ini boleh ikuti melalui Facebook Kelab Kebajikan Permotoran Amal – Karahaki. Kesemua peserta yang menyertai konvoi ini dalam lingkungan umur antara 30 tahun hingga 50 tahun. Ekspedisi berkonsepkan ‘Kembara Berilmu, Ibrah Bertemu’ ini kesemuanya mempunyai pengalaman luas menyertai konvoi di peringkat antarabangsa seperti Eropah dan sekitar Asia menggunakan motosikal berkuasa tinggi. Katanya ketika ditemui di perkarangan Seri Mentaloon, rumah rasmi Menteri Besar Kedah, sebelum pelepasan yang disempurnakan YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah.

Lebih kurang jam 9.00 pagi, ketibaan YAB Menteri Besar disambut oleh peserta konvoi bersama keluarga dan rakan-rakan. Selesai sesi beramah mesra di antara YAB Menteri Besar bersama peserta konvoi, lebih kurang jam 10.00 pagi azan dilaungkan sebagai perasmian perlepasan oleh YAB Datuk Seri Mukhriz kepada 9 orang peserta Ride To Hajj 2.0. Mereka diiringi kereta peronda kontinjen Polis DiRaja Malaysia Alor Setar, Kedah bersama rakan-rakan dari Kelab Permotoran Honda RS150cc Kedah serta beberapa kenalan lain yang menunggang BMW menuju ke sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Selesai urusan pasport dan juga carnet perjalanan motosikal di kompleks Bukit Kayu Hitam, para peserta bergerak menuju ke Ban Dannok, Thailand untuk urusan pasport dan mengisytiharkan documen motosikal. Seterunya, para peserta konvoi bergerak menuju ke Bangkok sebelum ke Maesot, Thailand untuk memasuki negara Myanmar. Semoga segala urusan perjalanan 9 rakan kembara Ride To Hajj 2.0 bersama motosikal kapcai selamat dalam menuju ke tanah suci untuk menunaikan ibadah Hajji. Ribuan terima kasih pada barisan penaja yang sudi menaja kesemua peserta Ride To Hajj 2.0 ini. ~kNor~

Previous Post

Hi-Rev, Hebat di Litar Lumba

Next Post

DNA High Performance Filter

Next Post

DNA High Performance Filter

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved