Rangkaian minyak pelincir Hi-Rev sudah terbukti dalam perlumbaan dan terkini dalam teknologi Formula Penstabilan Haba, Hi-Rev memperlihatkan prestasi cemerlang baik di atas litar lumba mahupun kekal berkuasa di atas jalan raya. Berkali-kali Hi-Rev telah membawa kemenangan untuk para pelumba. Baik di gelanggang lumba yang serba sukar di Malaysia mahupun di atas trek yang paling mencabar di dunia, prestasi Hi-Rev terus unggul dan berada di depan.
Terbaharu, Hi-Rev menyediakan empat model minyak enjin bermula dari model paling rendah hingga ke minyak pelincir bertaraf pro. Minyak enjin 914 Super Racing (sintetik) dengan kelikatan SAE 5W-40 merupakan minyak enjin Hi-Rev paling asas dalam keluaran terbaharu syarikat itu manakala minyak 2T 700 Super Racing (semi sintetik) dengan pengurangan asap dan lebih wangi direka khusus untuk jentera dua lejang.
Sementara bagi minyak pelincir di kelas pertengahan dan tertinggi, Hi-Rev menyediakan tiga model minyak enjin berasingan. Hi-Rev Max Torqe dengan formula Ester Plus (semi sintetik) SAE 10W-40, Pro Torqe dengan formula Ester Plus (sintetik) dengan kelikatan SAE 10W-50 dan Pro Torqe dengan formula Ester Plus (sintetik) dengan kelikatan SAE 10W-60.
Ketiga-tiga model di atas turut mendapat pengiktirafan dari API SN JASO MA2.
Pengguna di seluruh Malaysia sudah mengakui Hi-Rev merupakan minyak pelincir yang melindungi enjin dari tekanan haba sekali gus menjadikan enjin samada kecil mahupun besar terus responsif terhadap apa jua tekanan sekalipun. Minyak pelincir Hi-Rev juga tidak berdepan masalah dengan cuaca perlbagai di Malaysia, samada hujan atau panas membara, Hi-Rev terbukti antara jenama yang semakin di akui oleh pengguna kenderaan bermotor.
Mengambil contoh pada Kejuaraan Cub Prix Kebangsaan, minyak pelincir Hi-Rev sekali lagi membawa kejayaan dan memacu pelumba untuk muncul juara. Seterusnya, menjadikan jenama Hi-Rev antara minyak pelincir yang dirumuskan bagi melangkaui aspek perlumbaan serta cara tunggangan yang ekstrem.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
POSIM Petroleum Marketing Sdn. Bhd.
Wisma POSIM, Lot 72, Persiaran Jubli Perak,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-5102 2999
Emel : marketing@posim.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/hirevjunction/
Web : http://www.hi-rev.com.my