Bulan Ramadan bulan mulia, di mana umat Islam diraikan dengan mengadakan jamuan majlis berbuka puasa atau pun bersahur. Sering kali kita melihat, para biker membuat amal dengan pelbagai cara termasuk mencurahkan khidmat bantuan amal kepada golongan yang memerlukan. Di bulan mulia ini juga, biker menerima jemputan ke majlis berbuka puasa dan bersahur. Salah satunya anjuran En. Chun Wei Lim dari Bike Station Sdn Bhd, Alor Setar, Kedah telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama para pelanggan di kedai beliau yang terletak di Jalan Mergong Alor Setar, Kedah. Beberapa kelab permotoran dari utara Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dijemput hadir untuk memeriahkan majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan.
Kelab NVOG @ Northern Versys Owner Group merupakan salah satu kelab yang turut hadir di majlis berbuka puasa ini. President Kelab NVOG, En Fazrul dan rakan-rakan mengambil peluang ini mempromosikan program Islamic Bike Fest 3.0. Selesai majlis berbuka puasa, En. Chun Wei Lim memaklumkan kerana ada kejutan untuk bikers yang hadir. Sebanyak 48 hadiah cabutan bertuah disediakan termasuk 6 biji helmet, 3 riding jacket, boot, gloves, headbuff dan lain-lain.
Sebaik selesai acara cabutan bertuah, En. Fazrul mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Chun Wei Lim kerana bersusah-payah menganjurkan jamuan majlis berbuka puasa dan menyediakan begitu banyak cabutan bertuah. Semoga segala niat murni diberkati. Seterusnya, ahli-ahli NVOG bergerak pula untuk TTS makan rojak buah di Kampung Pasir, Merbok di mana kedai itu hanya dibuka di bulan Ramadan. Bagi rakan biker Kedah dan Perlis, mereka menuju ke Iman Keoteow Alor Setar untuk TTS. Semoga dengan usaha ini, bertambah erat perhubungan antara semua rakan biker. ~ kNor ~