Sebuah syarikat mobiliti elektrik Sepanyol, OX Motorcycles akan melancarkan motor lightweight, motor elektrik dengan gaya cafe racer. Selepas menjalankan penyelidikan serta pembangunan, serta berhadapan dengan cabaran rekaan dan pembuatan yang teliti, akhirnya syarikat ini berbangga melancarkan OX One pertama berjaya dihasilkan.
Menurut The Pack, OX One adalah hasil produksi pertama yang sudah pun sedia. Ketua Pegawai Eksekutif OX Motorcycles, Andrian Gonzales telah meluahkan yang syarikat mereka berbangga untuk mengumumkan projek OX One yang hampir siap walaupun masih lagi banyak cabaran yang perlu ditempuhi.
Katanya lagi, masih banyak kerja yang harus dilaksanakan termasuk logo dan sentuhan terakhir. Namun, apa yang penting, OX One merupakan produk yang boleh dipercayai dan mewakili konsep yang mereka fikirkan selama ini. OX Motorcycles berharap untuk melancarkan OX One pada September tahun ini. Buat masa ini, syarikat masih lagi berusaha untuk membuat persiapan terperinci dan memastikan pelancaran motosikal elektrik ini berjalan lancar.
Sumber : Rideapart.com