Mungkin ramai yang fikir, satu lagi motor ikonik jadi mangsa untuk dijadikan motor kustom. Tungu dulu. Motor kustom klasik BMW R100RS ini adalah sesuatu yang unik kerana melihatkan dari teknik pembinaannya, ia seumpama tribut kepada sejarah motor ini.
Sesiapa yang mengenali BMW R100RS ini tahun yang ia merupakan sebuah motosikal yang sangat rare dengan penampilan yang agak ganjil. Tidak sedikit pun kelihatan seperti cafe racer. Dinamakan sebagai Rhombus 1000, motor kustom ini adalah hasil kerja tangan dari bengkel Pablo dan Carlos Delgado di Sepanyol.
Valtoron Motorcycles, kedai yang dimiliki pasangan adik-beradik ini berbangga mempamerkan proses unik menghasilkan motor kustom ini. Mereka menggunakan teknologi yang mudah diperolehi, mencetak secara 3D menggunakan bantuan komputer.
Sebenarnya, satu sebab yang membuatkan motor ini lebih istimewa kerana hampir keseluruhan badannya direka menerusi proses sand casting yang sangat berbeza dengan teknik stamping, cetakan atau kimpalan. Ia membabitkan pembentukan setiap bahagian secara berasingan dari pasir dan aluminium lebur dituangkan ke dalam acuan yang menghasilkan sesuatu lebih unik.
Selain dari kerja-kerja cemerlang di bahagian badannya, enjinnya juga tidak dilupakan. Bekerjasama dengan sebuah syarikat di Spanyol, Max Boxer, enjin BMW R100RS dikeluarkan dan dibersihkan luar dalam. Perumah enjin telah dibakar dengan pasir, manakala bahagian internal dibersihkan secara terperinci. Sebuah tong yang lebih besar dengan piston dipasangkan. Kemudian, ia turut dilengkapi dengan ekzos dan custome intake diperbuat dari tangan di ibu pejabat Valtoron.
Jadi, seperti yang dapat dilihat, hasil akhirnya jauh lebih bagus dari apa yang diperkatakan. Tidak melampau kalau dikatakan, ia adalah sisi paling menarik membuat motosikal custome yang menjadikan ia sangat istimewa. Orang seperti Pablo dan Carlos mampu menghasilkan sesuatu yang sangat ringkas dan juga elegan, di waktu orang mengutamakan sesuatu yang kompleks. Tahniah!
Sumber : RideApart.com