Ditubuhkan secara tidak rasmi pada pertengahan Disember 2013, Balakong Blade Rider membuka tirai tahun dengan penubuhan secara rasmi di persada dunia permotoran pada 20 Januari 2014. Seiring dengan namanya, Balakong Blade Rider (BBR) bermula di kawasan sekitar Balakong dan terdiri dari ahli-ahli yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi jenis Naza Blade.
Keunikan BBR ini terletak pada kredibiliti dalam penjagaan aspek perpaduan di antara ahli-ahli. Nama BBR bukan sahaja merujuk kepada maksud namanya semata-mata, ia juga merujuk kepada sebuah ikon untuk rider-rider dari daerah dan negeri lain.
Konsep penyatuan yang diamalkan dari mula penubuhan sehingga saat ini telah menarik minat anak-anak muda yang menunggang motosikal pelbagai jenis dan jenama untuk menyertai BBR.