Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan dua varian warna lebih mempersonakan bagi model skuter dalam segmen kecil Yamaha NMAX dengan pengenalan warna baharu iaitu Merah dan Biru. Yamaha NMAX dengan pilihan warna yang lebih segar boleh didapati di semua pengedar Yamaha yang sah.
Begitupun, seiring dengan kenaikan harga kos barangan, terdapat perbezaan berbanding model sebelumnya. Harga runcit baharu yang disyorkan telah dikemas kini sebanyak RM 9,798.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans). Bagaimanapun, berita baik untuk bakal pemilik baharu NMAX apabila anda boleh menikmati faedah tambahan dengan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM 100, dengan setiap pembelian mereka.
Sebagai skuter segmen kecil paling popular, Yamaha NMAX dikuasakan oleh Blue Core yang disejukkan cecair, 4-lejang SOHC, 155cc, silinder tunggal, enjin suntikan bahan api 4-injap dengan CVT, dan dilengkapi dengan tangki bahan api yang besar 7.1L.