Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sejauh 2065km, Seramai 6 Orang, Misi Selama 5 Hari Dalam Genggaman Berjaya Dilaksanakan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-03-17
in BULETIN, UTAMA
0

Satu lagi misi menjelajah Semenanjung Malaysia telah berjaya disempurnakan. Kali ini giliran Team Retro Street. Misi ini melibatkan seramai 6 orang ahli yang menggunakan 6 buah jentera iaitu sebuah TXR Panther, dua buah Yamaha RXZ, sebuah Honda EX5, sebuah SYM VF3i serta sebuah Cafe Racer GPX Gentleman 200. Para peserta turut ditemani kenderaan pengiring iaitu sebuah MPV Perodua Alza.

Perpegang dengan moto “5 Hari Dalam Genggaman”, program ini menarik perhatian apabila turut disertai oleh peserta wanita berjiwa kental yang menggunakan Yamaha RXZ digelar sebagai Mambang oleh pemiliknya. Bermula dari 13 Januari di negeri Perak, misi berakhir di negeri yang sama pada 15 Januari yang lalu.

Penjelajahan ini mengambil masa selama 5 hari dengan catatan perjalanan sejauh 2065km yang dimulakan di perkarangan pejabat urusan Retro Street yang terletak di Botani Ipoh, Perak. Selepas berhimpun di tempat berkumpul, perjalanan pertama diteruskan dengan melalui Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Dataran Merdeka, Seremban, Ayer Keroh dan Tangkak Johor. Para peserta bermalam di Tangkak dan disambut sahabat-sahabat permotoran di Tangkak.

Perjalanan diteruskan pada hari kedua dari Tangkak yang bermula seawal pukul 7.30 pagi menuju ke Kuala Terengganu menerusi Segamat, Muadzam Shah di Pahang, Gambang, Kuantan, Beserah, Gebeng dan Cherating. Para peserta dari Team Retro Street menjejakkan kaki ke tanah Terengganu melalui Chukai dengan selamat. Namun, sebaik sahaja tiba di Kemaman, salah satu jentera mengalami kerosakan kecil. Hampir 3 jam masa ‘kecederaan’ digunakan. Masalah berjaya diselesaikan dengan bantuan dari sahabat permotoran di Kemaman.

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu di mana para peserta sempat singgat di Jambatan Terangkat. Para peserta tiba di ‘checkpoint’ hari kedua di Kuala Terengganu sekitar jam 11.30 malam untuk berehat dan bermalam sebelum menyambung perjalanan pada hari yang ketiga. Memandangkan program hari ketiga bermula sedikit lewat, para peserta mengambil peluang ini mendapatkan rehat secukupnya.

Sekitar pukul 9.30 pagi, perjalanan hari ketiga dimulakan menuju ke bahagian utara pula. Para peserta memilih untuk menggunakan laluan tepi pantai dan singgah di Pantai Bari. Setelah berehat seketika dan memeriksa keadaan jentera masing-masing, perjalanan diteruskan sehingga Kelantan menerusi Jeli dan singgah ke rumah sahabatan permotoran yang menantikan ketibaan Team Retro Street dalam misi Ride Semenanjung.

Perjalanan diteruskan lagi hingga ke ‘checkpoint’ hari ketiga di Gerik, Perak melalui Banjaran Titiwangsa dan tiba di Gerik sekitar pukul 7.30 petang untuk berehat dan bermalam. Setibanya para peserta di Gerik, merelah disambut oleh sahabat permotoran dengan mengadakan majlis doa selamat agar misi berjalan dengan lancar serta selamat. Ikatan silaturahim dan ukhuwah yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat permotoran tidak dapat disangkal lagi!

Keesokan harinya, perjalanan dimulakan seawal pukul 7.00 pagi menuju ke ‘checkpoint’ seterusnya di Perlis. Team Retro Street berjaya merentasi negeri Kedah dan sempat singgah makan tengah hari di Restoran Top D’Gurun yang dengan terkenal dengan menu istimewa, Sotong Buncit!

Perjalanan disambung semula menuju ke negeri Perlis dan tiba di checkpoint sekitar pukul 4 petang. Sebagaimana biasa, sahabat-sahabat permotoran Perlis telah menyambut para peserta dengan cukup meriah serta sempat merakamkan gambar kenangan di jeti Kuala Perlis.

Pada hari kelima yang juga hari terakhir, perjalanan dimulakan seawal pukul 7.30 pagi dan bersarapan di Warung Tepi Sawah yang menyajikan pemandangan sangat indah serta mendamaikan. Selesai bersarapan, perjalanan diteruskan menuju ke Pulau Pinang di mana team sempat melawat kilang Koyoko yang juga salah satu penaja untuk program Ride Semenanjuang ini.

Selesai lawatan ringkas di kilang Koyoko, para peserta meneruskan perjalanan hari terakhir sekali gus menamatkan siri jelajah Ride Semenanjung yang berakhir di Botani Ipoh Perak. Team Retro Street menamatkan perjalanan tepat di perkarangan pejabat pengurusan Retro Street tepat pukul 11.00 malam.

Previous Post

Terima Warna, Harga Bermula Dari RM9,798

Next Post

Ditawarkan Khusus Untuk Aksi Dalam Perlumbaan, Berdaya Tahan Dengan Gigi Gear Yang Jitu

Next Post

Ditawarkan Khusus Untuk Aksi Dalam Perlumbaan, Berdaya Tahan Dengan Gigi Gear Yang Jitu

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved