Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Terima Komponen ‘USD’ Showa, Brek Radial 4-Piston, dan Meter TFT Navigasi Baharu

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-10-06
in BULETIN, UTAMA
0

Kawasaki Ninja 650 akhirnya menerima penambahbaikan komponen teknikal yang signifikan selepas sekian lama menantikan pembaharuan utama. Langkah Kawasaki menyuntik perkakas penyerapan dan kawalan brek kelas atasan ini secara tidak langsung meletakkan jentera 649 cc berkenaan pada tahap prestasi yang jauh lebih dinamik. Penambahbaikan ini sekali gus memperkemaskan keupayaan pengendaliannya bagi bersaing rapat dalam segmen sukan middleweight yang kian sengit di pasaran global.

Suntikan perubahan paling ketara jelas kelihatan pada bahagian kawalan roda hadapan menerusi padanan fork terbalik (USD) Showa SFF-BP bersaiz 37 mm yang menggantikan unit teleskopik konvensional sebelum ini. Teknologi Separate Function Fork – Big Piston ini direka khas bagi mengurangkan tekanan serapan cecair di dalam tiub, sekali gus memberikan kestabilan bahagian hadapan yang lebih meyakinkan serta maklum balas permukaan jalan yang lebih tepat ketika mengambil selekoh.

Bagi mengimbangi keupayaan suspensi baharu tersebut, sistem kawalan brek turut dinaik taraf menerusi penggunaan kaliper jenis radial-mount empat omboh bagi menggantikan unit axial dua omboh terdahulu. Walaupun kekal menggunakan cakera kembar separa terapung bersaiz 300 mm di hadapan, gabungan kaliper radial baharu ini menjanjikan cengkaman brek yang jauh lebih padu, responsif, dan meyakinkan ketika tunggangan berprestasi tinggi mahupun hentian kecemasan.

Sementara itu, bagi menyempurnakan aspek pengendalian, suspensi belakang jenis Horizontal Back-link turut menerima pelarasan kadar ketegangan spring baharu demi imbangan casis yang lebih kental. Pada masa yang sama, paparan meter warna TFT bersaiz 4.3 inci kini hadir dengan susun atur antara muka baharu yang lebih segar, manakala aplikasi keterhubungan telefon pintar Kawasaki Rideology kini dipertingkatkan dengan sokongan navigasi secara langsung serta fungsi arahan suara.

Di bahagian nadi penggerak, Ninja 650 kekal meletakkan kepercayaannya kepada enjin 649 cc parallel-twin penyejukan cecair yang terbukti tahan lasak dan praktikal. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa sekitar 68 PS pada 8,000 rpm dan tork puncak 64 Nm pada 6,700 rpm menerusi kotak transmisi enam kelajuan berserta klac assist-and-slipper. Akses tunggangan juga kini lebih mesra penunggang menerusi ketinggian tempat duduk yang direndahkan kepada 785 mm bersama berat basah 194 kg dan kapasiti minyak masih kekal pada 15 liter.

Tiga pilihan warna menarik ditawarkan untuk edisi 2027 ini merangkumi Lime Green, Metallic Matte Graphenesteel Gray, dan warna baharu Metallic Flat Spark Black. Di Malaysia, model sedia ada Kawasaki Ninja 650 ABS dijual pada harga RM35,900 pada tahun 2023, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Walaupun tarikh kemasukan rasmi ke pasaran tempatan belum diumumkan secara rasmi oleh Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), pengenalan pakej komponen baharu ini pastinya menaikkan lagi nilai jentera ini apabila ia dilancarkan di Malaysia kelak.

Previous Post

Tampil Nostalgik Menerusi Reka Bentuk Klasik 1946

Next Post

Pusat Sehenti Jentera Big Bike Yamaha, Rasmi Dibuka Di Serdang!

Next Post

Pusat Sehenti Jentera Big Bike Yamaha, Rasmi Dibuka Di Serdang!

CAPAIAN

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved