Sempena kejayaan dan pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2020, Team Suzuki Ecstar menyediakan hadiah penghargaan kepada para penyokongnya yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan. Kini, para penyokong dan peminat pasukan Team Suzuki Ecstar berpeluang melihat peristiwa di sebalik tabir dalam memenangi kejuaraan pada tahun ini.
Sebagaimana yang semua sedia maklum, terdapat banyak kekangan sepanjang tahun 2020 ini khususnya pandemik covid-19 yang melanda dunia dan mengakibatkan beberapa kejuaraan terpaksa dibatalkan. Namun, perjuangan Team Suzuki Ecstar tetap diteruskan. Tambahan pula, tahun ini merupakan sambutan ulang tahun ke-100 jenama Suzuki dan juga tahun ke-60 penyertaan Team Suzuki Ecstar dalam Kejuaraan Dunia.
Walaupun begitu, Suzuki bersama pasukan Team Suzuki Ecstar terus kekal dan akhirnya dinobatkan sebagai juara dunia menerusi Joan Mir sejak kali terakhir kemenangan pasukan ini pada 20 tahun yang lalu. Team Suzuki Ecstar berbesar hati berkongsi segala kenangan pahit, manis yang diabadikan menerusi perkongsian gambar-gambar menarik para pelumba dan juga kerja berpasukan.
Kepada yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat perjalanan Team Suzuki Ecstar ini, boleh klik di sini https://www.suzuki-motogp.com/digitalbook2020.html?fbclid=IwAR3x4gzh_Y313PqS1qCTLGEeC99krKnuMv91tySqN_LpfUVqjn0law3MaK8.