Daripada jalan raya biasa sehingga ke litar tarmac, tayar Duro semakin gah mencengkam dan selamat digunakan samada di jalan raya basah dan kering. Itu adalah elemen utama tayar Duro Street yang dilancarkan baru-baru ini. Rata-rata pengguna mengakui bahawa tayar jenama Duro diakui kecekapan dan ketahanannya merentasi seharian perjalanan ke tempat kerja samada di atas permukaan jalan raya yang pelbagai dan cuaca yang ekstrem.
Paling ideal bagi pengguna ketika ini adalah Duro Street HF 918. Direka khusus untuk pengguna motosikal kecil dengan saiz tayar 14 inci, bunga tayar dan permukaannya direka khusus bagi menawarkan prestasi yang diperlukan oleh pengguna. Rekaan tayar dengan alur dan corak dinamik mampu memberi kesan dan prestasi yang baik tatkala merentasi jalan yang licin dan permukaan jalan raya yang basah.
Untuk rekod, pengeluar tayar Duro – Mag Power Marketing Sdn Bhd turut menawarkan dua model terbaharu. Model DM 1298 dan DM1300 direka khusus untuk penggunaan tayar motosikal bersaiz 17 inci. Sebagai identiti, dua tayar terbabit terdapat jalur di bahagian atas tayar. Dari segi reka bentuk dan coraknya, ia tidak banyak berbeza dengan model Street yang merupakan produk yang paling laris.
Coraknya direka bagi membolehkan aliran air lebih baik untuk cengkaman maksimum samada di permukaan jalan raya kering mahupun ketika membelah permukaan yang basah. Tiga elemen penting bagi pengguna untuk beralih kepada tayar Duro ialah ketahanan yang telah diakui, jangka hayat yang lebih panjang berbanding jenama lain dan tahap cengkaman maksimum samada di atas jalan raya kering mahupun basah.
Terdapat satu saiz pilihan 120/60-17 bagi tayar model DM1298 manakala bagi saiz 150/60 – 17 dikhususkan untuk model DM1300. Kedua-dua model berkenaan akan berada di pasaran dalam masa terdekat dan pengguna bolehlah mengunjungi kedai alat ganti terpilih dikawasan kediaman anda.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MAG Power Marketing Sdn. Bhd.
0027 Ground Floor,
Block C Kompleks Sentral,
33 Jalan Segambut Atas,
51200 Kuala Lumpur
No Tel : 03 – 6252 6889
Email: durotyremalaysia@gmail.com
FB: www.facebook.com/durotyre/
Wakil-wakil pengedar;
AKR Two Sdn Bhd : 07 – 557 2339
DT Auto Parts Enterprise : 06 – 767 8530 / 012 – 243 9153
Ipoh Boy Enterprise : 05 – 506 4861 / 012 – 330 2485
P & U Cycle (M) Sdn Bhd : 03 – 6156 3873
Ride Speed Trading : 03 – 6250 3866
Speedee Trading Sdn Bhd : 07 – 776 9858 / 012 – 777 8518
Sunten Cycle Sdn Bhd : 04 – 333 7190
Tephinco Sdn Bhd : 03 – 3291 8830
Teoh Ah Hong Trading Sdn Bhd : 03 – 9100 1539
T.S Bee (Alor Setar) Sdn Bhd (PJ Branch) 03 – 7785 9189