Mobiliti elektrik Jerman Trinity telah melancarkan versi terbaharu skuter elektrik Uranus yang dinamakan sebagai Uranus RS. Skuter seperti ini sangat popular dalam kalangan peminat jentera dua roda kerana kos yang rendah, tiada penyelenggaraan dan insentif kerajaan terhadap kenderaan tanpa pengeluaran asap.
Walaupun ianya agak mahal berbanding skuter pembakaran internal tradisional, Uranus RS merupakan bukti bahawa teknologi berkaitan powertrain elektrik semakin baik dan menjadi lebih mudah didapati kepada golongan sasar lebih luas. Ia tampil bergaya dengan rekaan vintaj dan mampu mencecah sehingga 60 batu (97km) pada satu pengecasan. Skuter Trinity Uranus RS dikuasakan motor elektrik DC dengan output kuasa maksima 11kW yang memberikan skuter ini kelajuan tertinggi 110km/j atau 68 batu per jam dalam mode sport – lebih pantas berbanding skuter elektrik lain di pasaran.
Uranus RS ini dikatakan mampu mencecah sehingga 100km, bergantung kepada cara penunggangan kerana menggunakan dua bateri litium 72V/32Ah yang didatangkan sebagai standard. Tambahan pula, ECU motor ini telah diprogramkan untuk mengoptimakan prestasi bateri bergantung kepada cara anda menunggang bagi memastikan jangka hayat bateri yang maksima. Walaupun kelajuan tertingginya benar-benar tinggi, Uranus RS masih lagi dalam kategori skuter elektrik A1 dan boleh ditunggang oleh sesiapa sahaja yang memiliki lesen memandu dengan lanjutan B196 extension.
Bagi penunggangan yang lebih mudah, Uranus RS didatangkan dengan 3 mode penunggangan; Eco untuk penunggangan sehingga 55km per jam, Standard untuk penunggangan sehingga 80km per jam dan Sport untuk kelajuan penuh yang boleh mencecah sehingga 110km.
Trinity Uranus RS dijangka berada di pasaran bermula dari Mei 2022 tetapi masih belum dapat dipastikan samada ia akan dipasarkan luar dari Jerman.
Sumber : Rideapart