Pengecualian Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan hinnga 31 Julai 2021
Lesen memandu atau “road tax” tamat tempoh? Anda tidak perlu risau buat sementara ini kerana Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memberikan pengecualian pembaharuan sehingga 31 Julai 2021.
Kemudahan ini diberikan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh (PKPM) yang berkuatkuasa sejak 1 Jun 2021. Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Ir. Dr. Wee Ka Siong harap ia dapat membantu untuk meringankan beban rakyat yang terkesan oleh wabak Covid-19 serta memberikan kesenangan kepada mereka yang berada di kawasan-kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan (PKPD).
Walaubagaimanapun, mereka yang tamat tempoh road tax diwajibkan mempunyai perlindungan insurans kenderaan yang sah. Oleh itu, pemilik-pemilik kenderaan hendaklah menunjukkan Salinan perlindungan insurans atau e-cover note insurans kepada penguatkuasa trafik bila diminta.
Pemegang lesen serta road tax yang telah tamat tempoh hendaklah membaharuinya dalam tempoh masa 60 hari selepas tamat tempoh pengecualian, iaitu di antara 1 Ogos hingga 30 September 2021.
Pembaharuan boleh dibuat di kaunter-kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi hanya setelah mendapatkan temujanji melalui portal www.jpj.gov.my
Sumber : BH