Hasil kerja tangan cemerlang oleh Analog Motorcycles yang diketuai oleh Tony Prust dan krew, Yamaha SR400 ini dinamakan sebagai projek Green. Mudah dan senang nak ingat. Memandangkan ia satu kerja yang sangat ringkas, tidak banyak yang diubah tetapi tetap nampak gah. Kan?
Tony mengekalkan 399cc dengan penyejuk udara asal kerana lebih menumpukan terhadap ekzos. Kemudian, membalut bahagian header dengan lapisan seramik sebelum diteruskan dengan menukar silencer stok dengan modul Cone Engineering. Macam yang dinyatakan awal tadi, tiada apa yang ‘ganas’ tetapi ia akan menjadi menarik apabila tiba di bahagian gear.
Race Tech membekalkan spring dan emulator premium untuk fork SR400 ini, manakala shock absorber dari kilang telah digantikan dengan alternatif Super Shox. Rodanya telah dibina semula dengan salutan debu hitam dan menggunakan tayar dual-purpose di kedua-dua belah.
Sub-kerangka ini telah diubah bagi memuatkan pelana bespoke, pasukan Analog ini juga menggunakan kolaborator biasa Dane Utech untuk upholstery. Anatomy hijau depan dan belakang dilengkapi dengan pencahayaan LED, beg pelana SW-Motech dan juga fender baharu yang dibina sendiri oleh Analog Motorcycles.
Selain itu, lampu utamanya menggunakan Denali M7 dan lampu isyarat dari Motogadget begitu juga pemegang bar yang baru dari Moose Racing. Kemudian, ia turut dilengkapi dengan brake master cylinder Magura HC1 dan cermin BikeMaster di sebelah kiri. Gaya retro Koso dapat dilihat pada bahagian kokpit dan kerja mengecat pula disempurnakan oleh Artistimo Custom Design.
Sumber : Autoevolution