Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

SYM Sport Rider 125i

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-15
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenama SYM sudah mula mempelbagaikan pasarannya. Satu ketika dahulu, apabila sebut sahaja nama SYM, semua orang membayangkan skuter VTS 200cc dan Symphony Evo 250cc.

“SYM adalah skuter besar”, kata seorang jiran saya.

MFORCE Bike Holdings, pengedar jenama SYM di Malaysia sebenarnya turut membawa masuk motosikal dari kategori lain. Mereka ada skuter kecil – Jet Power dan Attila, kapcai Bonus 110 dan 115 serta street bike T2. Mungkin ia kurang dikenali kecuali model Sym Bonus yang semakin popular sejak kebelakangan ini.

Sport Rider 125i merupakan motosikal 125 cc pertama SYM dengan teknologi suntikan bahanapi dan Malaysia adalah negara pertama di dunia yang melancarkan rekaan baru bagi menyediakan pengalaman super extreme kepada para penunggang. Kapcai ini didatangkan dengan rekabentuk moden yang menarik merangkumi beberapa elemen rekaan superbike termasuk rangka tiub seumpama naked bike di sisi, peredam dan fender yang sporty di belakang, bentuk unik dan aerodinamik.

Motosikal ini dilengkapi dengan enjin 1 selinder SOHC dua valve yang menghasilkan 9.5 kuasa kuda pada 8,000 rpm dan 1.10kg daya kilas pada 5,500rpm. Ia salah satu motosikal tempatan yang memenuhi piawaian Euro 3. Pengendalian motosikal ini ditampung oleh sistem konvensional suspensi berkembar di belakang. Ketika menunggangnya sendirian, motosikal ini terasa agak keras, namun bila membawa pembonceng seperti Encik Lee Chee Hock, ia terasa lebih stabil dan lembut.

Pelananya agak tinggi untuk standard sebuah kapcai dan untuk membiasakan diri mengambil masa kerana saya biasa menuggang LC 135 dengan pelana lebar dan rendah. Tapi satu yang bagus tentang 125i ini pelananya tebal dan empuk – selesa untuk perjalanan jauh. Dari segi kosmetik, penggayaan rekabentuk dan paparan meter dengan format kelajuan digital adalah pertama dalam kelasnya. Fungsi ini hanya ditawarkan pada super cub seperti Y15ZR, Belang dan RS150R.

Berat bersih keseluruhan motosikal ini ialah 107 kilogram sementara tangkinya berkapasiti 4.2 liter. Purata perjalanan yang saya catat ialah sekitar 150m untuk setangki petrol, sungguh menjimatkan. Terima kasih pada sistem suntikan yang memastikan konsumsi petrol pada tahap yang memuaskan.

Pengendalian dan kuasa membrek agak bagus dengan pemadanan brek cakera dengan angkup berkembar pada roda hadapan. Rekabentuk rim aloi tempa itu juga jauh lebih menarik dari kebanyakan motosikal yang lebih mahal.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 38

Previous Post

Inisiatif Pelancongan Selangor; Fasa Pemulihan Pasca Covid-19 Industri Pelancongan Negeri Selangor

Next Post

Benelli Imperiale 400, Segmen Klasik Kini Di Pasaran!

Next Post

Benelli Imperiale 400, Segmen Klasik Kini Di Pasaran!

CAPAIAN

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved