Jentera dua roda dalam segmen klasik yang dipermodenkan oleh Benelli untuk keluaran tahun 2020 kini sudah boleh telah ditempah dan sehingga berita ini ditulis sebanyak 100 buah unit sudah ditempah dan akan berada di jalan raya dalam masa terdekat.
Imperiale 400 yang dilancarkan ketika saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang tahun lepas, akan mula diedarkan di semua wakil penjual sah Benelli mulai minggu ini. Model ini pernah mengecapai zaman populariti di benua Eropah sekitar tahun 1950an sehinggalah, rakyat di tanahair menyaksikan secara dekat model klasik ini apabila MForce Malaysia membawa jentera nostalgia itu ke pasaran tempatan.
Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd, Asri Ahmad, berkata model ini menerima sambutan yang cukup memberangsangkan daripada penggemar motosikal klasik di tanahair. Sehingga kini, sebanyak 100 unit Benelli Imperiale 400 telah pun habis ditempah oleh para pelanggan sejak awal Januari lepas.

“Kami juga memohon maaf kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan kerana terpaksa
menunggu lama untuk menerima motosikal mereka disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang
melanda negara baru-baru ini”, ujar Asri dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Beliau menjangkakan model ini akan habis terjual sebelum penghujung tahun 2020 sekaligus berjaya mencapai sasaran jualan tahunan syarikat sebanyak 300 unit pada tahun ini berdasarkan jumlah tempahan baru yang diterima. Benelli Imperiale 400 adalah model yang diilhamkan semula dari model klasik Benelli-MotoBi yang
dikeluarkan di Itali sekitar 1950-an dengan menggunakan enjin satu silinder suntikan bahan api dengan sistem penyejukan udara yang dipadankan bersama kotak gear lima kelajuan.
Imperiale 400 ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Hitam (Black), Merah (Red) dan Kelabu (Grey), dan dijual pada tag harga RM15,888. Jaminan yang diberikan adalah selama dua tahun atau 20,000 kilometer, yang mana terdahulu. Pemilik motosikal ini juga, disaran untuk menggunakan minyak enjin PJ1 semasa anda melakukan servis ke atas jentera anda kerana minyak pelinciri PJ1 adalah produk yang disyorkan dan merupakan produk rasmi untuk semua motosikal Benelli.

Selain pengedaran motosikal, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. juga turut memasang dan menawarkan perkhidmatan selepas jualan termasuk alat ganti dan perkhidmatan Pembelian Alat Ganti Tulen Atas Talian (012-4122933) bagi rangkaian produk Benelli di pasaran negara. Imperiale 400 ditawarkan dengan tiga pilihan warna, iaitu hitam, merah dan kelabu, dijual pada harga RM15,888. Jaminan adalah selama dua tahun atau 20,000 kilometer, yang mana terdahulu. Disaran untuk menggunakan minyak enjin PJ1 semasa servis anda, merupakan produk rasmi untuk semua motosikal Benelli.
Sejak dari tahun 1911, jenama Benelli adalah secara Pure Passion. Jenama Benelli merupakan jenama yang berkualiti, berkuasa, berteknologi tinggi dan merupakan legenda dalam segi reka bentuk di Negara Itali. Selama lebih 100 tahun, motosikal jenama Benelli telah berjaya mendapat kekaguman yang tinggi dari pelbagai segi perjalanan jalan raya, pengembaraan, perlumbaan, arena sukan motosikal, dan sebagainya telah berjaya menunjukkan model motosikal Benelli merupakan gabungan kepelbagaian fungsi.
Melalui reka bentuk daripada pusat reka bentuk negara Itali, Jenama Benelli telah berjaya menghasilkan pelbagai motosikal yang menikmati kekaguman yang tinggi di persada dunia.

SPESIFIKASI:
Enjin
Jenis Enjin 1 Silinder, 4 Lejang, 2 Injap
Sesaran 374 cc
Kuasa Maksimum 15.5kW pada 5,500 r/min
Tork Maksimum 29Nm pada 4,500 r/min
Gerek & Lejang 72.7 x 90mm
Nisbah Mampatan 8.5:1
Transmisi 5 Kelajuan
Klac Plat Basah Berganda
Sistem Bahan Api Suntikan Bahan Api Elektronik (EFI)
Sistem Penghidup Elektrik
Penyalaan TLI- ECU Delphi MT05, Twin Spark
Pacuan Akhir Rantai
Sistem Pelincir Takungan Daya Basah
Sistem Penyejukkan Penyejukan Udara
Casis
Kerangka Double cradle with steel tubes and plates
Suspensi Hadapan Teleskopik
Suspensi Belakang Penyerak Hentak
Brek Hadapan Cakera Tunggal 300mm, Piston Berkembar, ABS
Brek Belakang Cakera Tunggal 240mm, Piston Tunggal, ABS
Tayar Hadapan 110/90 – 19M/C(57S)
Tayar Belakang 130/80 – 18M/C(66S)
Dimensi
Panjang Keseluruhan 2,170mm
Lebar Keseluruhan 820mm
Ketinggian Keseluruhan 1,120mm
Ketinggian Pelana 780mm
Jarak Roda 1440mm
Kelegaan Bumi 165mm
Berat Kering 205kg
Kapasiti Tangki Minyak 12 Liter
Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin


















