Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Super Skuter 250cc Yang Bergaya, Penuhi Keperluan Pengguna Tempatan & Serantau

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-01-14
in BULETIN, UTAMA
0

Tidak seperti di tanah air, beberapa negara jiran tetangga seperti Indonesia, Thailand mahupun Vietnam, segmen motosikal skuter telah pun mendominasi pasaran dengan menguasai lebih daripada 70% jumlah jualan motosikal secara keseluruhan.

Sebaliknya di Malaysia pula, jualan serta pasaran skuter bagaimanapun turut meningkat tatkala ianya dipacu oleh kesedaran terhadap keperluan pada kenderaan yang menjimatkan bahan api serta lebih mesra alam. Tidak dinafikan, segmen motosikal skuter kini kian menjadi pilihan utama atas faktor kepelbagaian fungsi, kos yang berpatutan, dan praktikaliti di kawasan bandar.

Dari segi pasaran, skuter secara langsung dijangka menjana pendapatan keseluruhan AS$0.51 bilion pada tahun 2024 dan berkembang pada kadar CAGR 3.98% hingga mencapai AS$0.62 bilion menjelang tahun 2029.

Bercerita mengenai dunia skuter, Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI) hari ini telah melancarkan sebuah jenama motosikal tempatan baharu MODA, yang fokus dalam memasarkan produk skuter ke seluruh pasaran Malaysia pada majlis bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina penghujung bulan Januari ini.

Skuter Jenama Malaysia
Turut dilancarkan bersama pada majlis hari ini ialah MODA Sporter-S yang dikuasakan dengan enjin 250cc. Pengenalan model skuter oleh MODA ini adalah sejajar dengan perkembangan pesat segmen skuter di Malaysia.

Skuter Jenama Malaysia MODA merupakan sebuah jenama Malaysia yang komited dalam memenuhi keperluan pengguna tempatan dan serantau dengan menawarkan skuter yang inovatif, bergaya, dan berprestasi tinggi.

Dengan kepakaran Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang dimiliki Kumpulan AMI di utara Malaysia, MODA mampu menghasilkan skuter yang sesuai untuk keadaan jalan raya dan memenuhi keperluan serta keutamaan penunggang di Malaysia.

Kesemua skuter MODA dipasang secara tempatan (CKD) di kilang berpusat AMI yang terletak di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. MODA juga merancang memperkenalkan model-model baharu yang lebih dinamik untuk melengkapi segmen pasaran skuter sedia ada termasuk skuter berenjin petrol dan EV (Kenderaan Elektrik), selaras dengan keperluan mobiliti masa depan.

MODA Sporter-S
Gabungan Gaya dan Prestasi

Pengenalan MODA Sporter-S telah secara tidak langsung membuka ruang kepada segmen baru dengan reka bentuk berinspirasikan motosikal sukan ‘sportsbike’ yang mengetengahkan rekabentuk yang lebih aerodinamik dan berani.

Umum mengetahui, ketika ini kebanyakan skuter di pasaran Malaysia kebanyakannya mengetengahkan reka bentuk sporty dan unik seperti ini pastinya bakal menarik minat penggemar sukan bermotor di Malaysia. Sporter-S juga dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih dengan ciri-ciri sebuah sportsbike.

Antaranya ialah cakera brek berkembar di bahagian hadapan yang dikombinasikan bersama sistem ABS dua saluran (depan dan belakang) yang dilengkapi brek kaliper 4-injap untuk daya brek yang lebih jitu. Teknologi kawalan Traction Control System (TCS) pada Sporter-S juga turut memastikan kestabilan semasa membelok di permukaan mencabar. Selain itu, skuter ini turut memiliki tangki isian petrol dengan kapasiti 13 liter yang mapan untuk perjalanan kembara yang jauh.

Selain itu, ruang simpanan di bawah pelana tempat duduk dapat memuatkan dua topi keledar bersaiz penuh, memberikan kemudahan tambahan kepada penunggang harian. Menariknya, ia juga dilengkapi beberapa ciri menarik seperti lampu hadapan ultra-terang LED Matriks, kekunci pintar, hubungan tanpa wayar antara peranti telefon dan skrin besar berwarna TFT bersaiz 6.2 inci yang menyokong panggilan serta navigasi penuh semasa tunggangan.

Secara keseluruhan, dengan penawaran sebuah skuter 250cc yang dijanakan dengan kuasa 24.8hp, ia sudah cukup untuk dikategorikan sebagai antara skuter terbaik dan berkuasa di dalam kelasnya.

Mobiliti Masa Depan
Menurut Micheal Yeoh, Penolong Pengurus Besar Mdua Motor Sdn. Bhd., MODA Sporter-S telah direka serta dibangunkan dengan berpegang kepada asas ‘By Bikers, For Bikers’ (Dari Penunggang, Untuk Penunggang).

Beliau turut menambah, Sporter-S akan menjadi pilihan ideal bagi penunggang di Malaysia dengan tawaran reka bentuk sporty, aerodinamik, dan dilengkapi ciri seperti sistem brek ABS serta enjin berspesifikasi Euro-4 yang cekap bahan api.

Ditawarkan dalam dua warna menarik, Sporty Red dan Meteor Grey, Sporter-S, MODA Sporter-S dijual pada tag harga RM17,888 kini boleh didapati di pengedar sah MODA seluruh negara.

Spesifikasi MODA Sporter-S
Ciri Spesifikasi
Enjin 4-Injap, 1-Silinder, SOHC
Sistem Bahan Api: Suntikan Elektronik (BOSCH EFI)
Pengurusan Enjin Elektronik (BOSCH)
Penghidup Elektrik
Pencucuhan Transistor Penuh
Transmisi CVT
Pensijilan Euro 4
Kapasiti Enjin 244cc
Kuasa Maksimum 24.8 Hp @ 8500 rpm
Tork Maksimum 22.5 Nm @ 6500 rpm
Sistem Penyejukan Cecair (Radiator Panasonic)
Brek Hadapan ABS 260mm Cakera Terapung Berganda
Brek Belakang ABS 240mm Cakera Tunggal
Suspensi Hadapan Fork Balikan
Suspensi Belakang Penyerap Hentakan Boleh Laras
Sistem Kunci Kunci Pintar (Nirwayar)
Jarak Roda 1538 mm
Jarak Tanah Minimum 165 mm
Berat 186 Kg
Kapasiti Tangki 13 Liter

Previous Post

Semua Idea Hasil Sendiri

Next Post

Ditawarkan Dalam Warna Baharu untuk Pasaran Malaysia

Next Post

Ditawarkan Dalam Warna Baharu untuk Pasaran Malaysia

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved