Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Suka Duka, Kenangan Terindah Sepanjang Perjalanan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-06-12
in BULETIN, UTAMA
0

Setiap kali penganjuran program konvoi, pasti disulami pelbagai kenangan sama ada yang manis dan tidak lupa juga yang pahit untuk ditelan. Kenangan inilah yang menguatkan lagi kekentalan seorang riders, yang pahit dijadikan ingatan agar lebih bersedia di masa hadapan. Manakala yang manis pula, meniup semangat agar dapat mengembara ke lebih banyak destinasi lagi.

Berbicara tentang koleksi kenangan pahit dan manis, baru-baru ini telah berlangsung satu lagi program konvoi yang dianjurkan oleh Retrostreet. Diadakan pada 1 dan 2 Jun lalu, program ini merupakan salah satu inisiatif mempromosikan satu lagi program anjuran Retrostreet yang bakal diadakan pada hujung bulan Julai ini iaitu Himpunan Txr150 Vol4. Penganjuran kali keempat ini dijangkakan lebih besar, lebih meriah dan semestinya lebih mantap.

Raub menjadi destinasi Ride Retro kali ini di mana perjalanan dimulakan seawal pukul 8.00 pagi. Para peserta yang terlibat terlebih dahulu berkumpul di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) di Sungai Pulai untuk bersarapan. Lebih kurang pukul 9.00 pagi, tayar mula bergolek menuju ke Batang Kali untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Bentong. Di sini, para peserta menggunakan masa yang ada untuk melepaskan lelah dan mengisi tangki motosikal masing-masing.

Sekitar pukul 1.00 tengah hari, para peserta tiba di Petronas Bentong dan bertemu dengan Geng Retro Seduni. Perjalanan semakin menarik apabila peserta konvoi memilih untuk menggunakan laluan sejuk yang ditemani flora dan fauna. Lebih santai dan jauh dari jalan yang sibuk dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan lain.

Sebaik sahaja sampai ke homestay, para peserta mengambil peluang ini untuk berehat. Perjalanan yang jauh tidak terasa kerana diharungi bersama rakan-rakan yang berkongsi minat sama. Malah, masing-masing bersemangat dan bersiap sedia untuk aktiviti malam yang telah pun dirancang terlebih awal. Aktiviti yang disediakan di sebelah malamnya pula lebih kepada santai dengan barbeku, aktiviti karaoke dan tidak kurang juga sesi bergambar sebagai kenangan.

Keesokan harinya, para peserta bersiap sedia seawal pagi untuk pulang ke destinasi masing-masing. Sebelum itu, masa yang ada ini digunakan untuk membersihkan jentera kesayangan. Walaupun hanya mencuci motor tetapi suasana meriah dengan telatah serta gelagat para pencinta dua roda yang sangat tekun membelai dan membersihkan motor mereka.

Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, setiap perjalanan pasti ada kenangan pahit dan manis. Begitu juga dengan program Ride Retro ini di mana ada motosikal peserta mengalami kerosakan. Apa yang menakjubkan, masing-masing turut membantu kerana sudah terbiasa. “Tak rosak, tak retro” katanya. Semoga seperti inilah yang harus diteruskan dan dipupuk dalam kalangan pencinta dua roda yang lain.

Semoga penganjuran Himpunan Txr150 Vol4 pada bulan Julai nanti mendapat sambutan yang lebih hangat dan lebih meriah!

Previous Post

Makan-makan, Cuci-Cuci Mata!

Next Post

Tiga Warna Baharu, Harga Tetap Sama RM5,698

Next Post

Tiga Warna Baharu, Harga Tetap Sama RM5,698

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved