Mungkin jenama Lexmotor kurang dikenali tetapi ia sudah pun berada di pasaran Eropah menerusi pengedar motosikal British yang memberikan lebih banyak pilihan khususnya untuk penunggang yang baru-baru berjinak dengan dunia permotoran dua roda. Sebelum ini, ia dikenali dengan Lexmoto LXS yang mematuhi piawaian A1 sebagai sebuah sportbike 125cc. Namun dimensi yang agak besar dan gaya lebih agresif ia lebih kepada jentera prestasi.
Syarikat ini melebarkan lagi sayapnya dengan mula mengeksport produk keluarannya ke lebih banyak negara-negara di Eropah dan mempertaruhkan Pegasus 300 ke pasaran Perancis. Skuter maxi ini mematuhi piawaian A2, sekaligus bersaing dengan beberapa model skuter 300cc yang dominan di pasaran. Sejak bertahun-tahun, Yamaha dan Honda menjadi jenama terlaris masing-masing dengan XMAX dan 350. Kalau dilihat laporan yang disediakan, sumber motosikal Lexmoto adalah dari China dan mampu menawarkan harga yang kompetitif!
Di atas kertas, Pegasus 300 dikatakan sebagai sebuah skuter asas, tiada masalah dan sedia untuk mengembara jauh. Menurut Lexmoto, ia merupakan skuter untuk kegunaan urban dan suburban yang dilengkapi dengan ciri-ciri praktikal seperti soket USB serta ruang penyimpanan di bawah tempat duduk.
Ia juga dilengkapi dengan lampu LED penuh untuk mudah dilihat khususnya di waktu malam. Skuter ini mempunyai pelana yang panjang dan memuatkan dua tempat duduk, sesuai untuk jarak perjalanan yang jauh, gaya yang lebih sporty dengan windscreen yang luas untuk perlindungan tambahan khususnya di atas lebuh raya.
Pegasus 300 ini mematuhi piawaian Euro5, dikuasakan enjin penyejuk cecair cilinder tunggal 276cc dengan output 26hp. Skuter ini lebih dari mampu untuk ditunggang dengan jarak yang jauh di lebuh raya dengan berat 177kg dengan pusat graviti rendah sekaligus menambahkan kestabilan. Selain itu, ia juga lengkap untuk pemegang lesen A2 tetapi ia juga sesuai ditunggang oleh pemegang lesen penuh. Harganya pula dijual pada $5,428 (RM22,568.37).
Sumber : Rideapart