Selepas hampir tiga dekad di pasaranm Triumph Speed Triple 1200 RS mengukuhkan kembali penguasaan model tersebut dalam kategori super naked. Speed Triple terbaharu ini dikatakan mampu menandingi para pesaingnya yang sedia ada. Dengan kehadiran Speed Triple RR 2022 ini, kini Triumph turut mempunyai pasaran untuk sportbike.
Apa yang baharu ditawarkan Speed Triple RR 2022 ini?
Ianya dilengkapi dengan Öhlins Smart EC 2.0 elektronik boleh ubah, suspensi separa aktif, fork terbalik NIX30 terbaharu dan monoshock tiub berkembar TTX36. Dibaluti dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP V3, mengukuhkan lagi RR dengan lebih cengkaman dan ergonomik yang membezakan di antara kegunaan di trek mahupun di atas jalan raya.
Posisi kelip pada tahan penunggang adalah lima inci lebih rendah dan dua inci ke hadapan serta tempat letak kaki yang dinaikkan untuk keselesaan penunggangan sepanjang hari. Ketinggian tempat duduk iaitu 32.5 inci, agak rendah berbanding model sebelumnya, tampil lebih agresif. Lampu utama tunggal berbentuk bulat seolah-olah takhta permata RR. Kerangka fairing neo-retro tampil elegan apabila dipadankan dengan lampu utama membuatkan motor ini lebih segak dan dalam masa yang sama, agresif.
Terdapat dua pilihan warna yang menyaluti Speed Triple RR ini iaitu Red Hopper/Storm Grey dan Crystal White/Storm Grey, kombinasi warna dengan kemasan warna emas. Kedua-dua pilihan warna ini mengekalkan ciri-ciri Speed Triple tetapi dalam masa yang sama tampil sporty.
Di bawah kemasan kosmetik baharu yang seksi, suspensi yang meriah dan juga ciri-ciri ergonomik yang komited, RR ini masih lagi sebuah Speed Triple yang menggunakan penyejuk cecair, DOHC, dikuasakan inline-triple 1,160cc yang menghasilkan 177hp pada 10,750rpm dan tork 92 lb-ft pada 9,000 rpm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.
Permulaan Baharu
Trim baharu ini mula menjengah bilik-bilik pameran para pengedar di Amerika pada Januari 2022 dan ia juga akan melancarkan sebagai 30 aksesori untuk melengkapi dan memberi keselesaan kepada RR.
Sumber : Rideapart